BAB 17

1.1K 75 7
                                    

KEWUJUDAN lelaki-lelaki muda di setiap sudut tempat membuatkan aku berasa kurang selesa. Tambahan lagi, pakaian aku yang agak ketat. Seronoklah mereka cuci mata pandang bentuk punggung aku. Semua ni Encik Miqdad punya pasal.

"Ini tempat untuk you dan your fiancé." Cik Warda menunjukkan tempat duduk aku dan Encik Miqdad. Kami diberikan meja personal. Di mana aku dan Encik Miqdad sahaja yang boleh duduk di situ.

"Thank you, Warda." Ucap Encik Miqdad manakala aku hanya mengukirkan senyuman sebagai tanda terima kasih.

"Sama-sama. I pergi dulu. Kesian Izuan tunggu I. You dan Narina janganlah segan-segan. Kalau nak makan, makan ajelah. Kejap lagi majlis mula."

"Okey."

Sebaik sahaja Cik Warda melangkah, Encik Miqdad mendengus kasar. Mesti dia cemburu sebab bekas kekasih dia tak habis-habis sebut nama Izuan di depan dia.

"Encik sepatutnya ambil peluang yang ada untuk luahkan rasa cinta tu. Jangan tunggu lama-lama. Sekarang pun encik boleh luahkan. Saya yakin Cik Warda takkan reject." Cadangku.

"Awak gila? Awak tak nampak ke ibu dia dekat sana? Awak tak nampak para tetamu yang hadir? Nak bagi cadangan pun biarlah bijak sikit." Marahnya. Jari telunjuknya menuding ke satu arah di mana terdapat dua orang wanita separuh abad sedang berbual.

"Yang mana satu bakal ibu mentua tak jadi encik tu?" soalku, ingin tahu. Tak salah kan nak ambil tahu?

"Tu... perempuan tua yang pakai kebaya moden warna hijau daun pisang dan bersanggul. Itulah ibu Warda," jawabnya. Mulut aku membulat kecil.

"Hmm... susahlah macam ni. Cik Warda pun macam heartless gila. Tak jaga perasaan encik langsung. Entah-entah dia memang dah move on?" Terangkat sebelah kening aku memandangnya.

"Narina, please... jangan buat saya semakin rungsing boleh tak? Saya dah bayar awak jadi buat kerja awak elok-elok. Saya nakkan Warda saya semula!" Tegasnya.

Aku menundukkan kepala.

"Saya nampak Warda jealous dengan awak. Saya yakin dia masih cintakan saya. Walaupun dia bertunang dengan Izuan, hati dia masih untuk saya. Dia tak cintakan Izuan," katanya. Aku hanya mampu melepaskan keluhan.

MAJLIS malam itu dimulakan dengan kata alu-aluan pihak MC. Sesekali kedengaran gelakan halus para tetamu yang hadir apabila MC buat lawak old school dia. Aku pun turut tergelak juga kadang-kadang cuma Encik Miqdad saja yang buat muka toya tak berperasaan dia tu.

Selepas pihak MC selesai memberikan ucapan, ibu dan ayah kepada tunang Cik Warda pula memberikan ucapan ringkas tentang parti malam itu diikuti dengan ucapan selamat hari jadi.

Aku nampak ibu kepada Cik Warda yang duduk di barisan paling hadapan sekali asyik menoleh memandang aku dan Encik Miqdad dengan muka bengisnya. Aku rasa dia tak suka dengan kehadiran kami berdua tapi dia tak mampu nak menghalau kami.

Takkanlah dia nak malukan air muka sendiri semata-mata nak halau aku dan Encik Miqdad, kan? Tambah-tambah lagi sekarang ni parti hari jadi anak dia. Mestilah dia nak jaga air muka anak dia.

"Dipersilakan love birds Warda dan tunangnya, Encik Izuan untuk berikan ucapan sekali gus merasmikan majlis hari jadi malam ini," ujar MC itu.

Aku pandang Cik Warda dan tunang dia yang saling berpimpin tangan menaiki pentas. Aku pandang pula Encik Miqdad di hadapan aku. Air muka dia berubah habis. Mungkin dia tengah kawal rasa marah dan cemburu dia agaknya.

"Hello! Thank you kepada semua yang sudi datang ke parti hari jadi I. Actually I sengaja nak buat dekat sini while I boleh saja buat dekat rumah I sendiri. I nak raikan hari bahagia ni dengan my fiancé dan bakal ibu dan bapa mentua I. Thank you dekat semua yang dah bersusah-payah untuk bagi yang terbaik dekat parti I."

"Actually I bukan nak sambut hari jadi I semata-mata tapi I nak meraikan kawan I juga. Persilakan, Narina dan Miqdad Halimi. Pasangan love birds yang baru bertunang seperti I dan my fiancé juga."

Membuntang mata aku. Cepat-cepat aku pandang Encik Miqdad. Dia pun kelihatan terkejut juga dengan apa yang Cik Warda buat. Sungguh, kami tak jangka perkara ini yang bakal terjadi.

"Narina, Miqdad, where are you?"

"Encik Miqdad..." Aku menyeru namanya.

"Berlakon, Narina. Berlakon..." Bisiknya seraya berdiri lalu menarik tangan aku bersamanya.

Keadaan mula gamat dengan suara-suara halus yang mengusik kami. Aku tidak tahulah sama ada usikan itu ikhlas atau sindiran semata-mata.

Aku dan Encik Miqdad mengambil laluan di hadapan ibu Cik Warda. Wajah wanita separuh abad itu seolah-olah lega selepas Cik Warda mengumumkan perihal pertunangan aku dan Encik Miqdad. Mungkin dia lega sebab dia fikir yang Encik Miqdad dah move on walhal realitinya tidak.

"Yeah! Itu dia pasangan paling romantik. Come..." Teruja betul Cik Warda menyambut kehadiran aku dan Encik Miqdad ke atas pentas.

Encik Miqdad lekas menggenggam tangan aku. Kami berdiri di sebelah kanan Cik Warda yang kelihatan sungguh anggun. Memang patut pun Encik Miqdad tak boleh move on.

"Apa motif you panggil I dan Narina naik pentas, Warda?"

"I nak buktikan dekat you yang I memang dah move on dan I tak jealous langsung you dengan Narina."

Aku yang mencuri-curi dengar perbualan itu dah menarik keluhan. Jadi inilah motif dia panggil kami?

"Nonesense!"

"Chill, dude. Warda nak raikan hari bahagia sama-sama dengan kau orang." Celah Encik Izuan.

Aku nampak Encik Miqdad menjeling tunang bekas kekasih dia sebelum dia menarik aku turun dari pentas.

Prakk!

"Oppsss! Sorry. I tak sengaja. I terpijak belakang dress you."

Para tetamu yang hadir mula berbisik-bisik sesama sendiri dan sekumpulan lelaki mula menggelakkan aku.

Butang-butang dress di bahagian paha semuanya tertanggal bila Cik Warda memijak kain dress aku dari belakang. Betis sehingga bahagian paha aku terdedah ketika aku ingin melangkah. Semakin kuat gelakan mereka.

"Warda, apa semua ni?" Lantang suara Encik Miqdad memarahi bekas kekasihnya.

"Apa? I cakap I tak sengaja, kan? I tak nampak. Janganlah salahkan I. Bukannya I sengaja pun!"

Air mataku menitis laju membasahi pipi. Badanku seolah-olah terkaku di situ. Ya Allah, malam ini adalah malam yang paling memalukan untuk aku. malam yang menjadi mimpi ngeri untuk aku. Malam yang aku tak mampu nak lupakan.

Booo!

"Kain ikan dugong koyaklah!" Jerit salah seorang daripada para tetamu yang hadir. Semakin teresak-esak aku dibuatnya.

"Kita balik." Encik Miqdad lekas memeluk bahu aku manakala sebelah tangannya lagi memegang bahagian kain aku supaya tidak terlalu terdedah ketika aku melangkah.

"Miqdad! Miqdad!"

Kedengaran suara Cik Warda menjerit-jerit memanggil Encik Miqdad. Aku tidak tahu apa motif dia. Apa yang aku tahu sekarang, aku nak balik.

"I'm so sorry. Kalau saya tak ajak awak datang ke parti ni mesti semua ni takkan jadi." Encik Miqdad membukakan pintu kereta untuk aku setibanya kami di kereta mewahnya.

"Saya malu..." Tangisanku semakin menjadi-jadi. Dia menghulurkan sehelai tisu kepada aku.

"Ya, saya tahu. Saya tak expect pun benda ni akan jadi. Awak mafkan Warda, ye? Saya yakin dia tak ada niat nak pijak kain awak." Katanya.

Tak ada niat? Tak ada niat? Dia nak bela bekas kekasih dia? Ya Allah, terlukanya hati aku. Pandanganku alihkan ke luar tingkap.

"Narina..."

"Ya, dia tak sengaja. Takkanlah dia sengaja, kan?" Aku mengukirkan senyuman kelat. Air mata masih lagi mengalir.

Kereta mewahnya menderum laju membelah jalan raya. Aku tidak berbicara walaupun sepatah. Dia juga mendiamkan diri.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now