BAB 20

1.4K 69 2
                                    

SEPERTI yang dijanjikan. Aku memarkirkan kereta di hadapan Nazam Modelling Agency. Setelah usyar keberadaan Cik Warda melalui Instagramnya, aku terus datang ke sini.

Langkah aku ayun ke dalam bangunan tiga tingkat itu. Bentuknya ala-ala rumah mewah tetapi dijadikan sebagai agensi permodelan.

"Ya, cik?"

Aku mengukirkan senyuman kepada wanita berbangsa Cina yang berambut perang paras bahu. Di tangannya terdapat sebuah kamera. Aku rasa dia ni jurugambar, kut?

"Saya nak jumpa Warda Iyliana," beritahuku. Memang itu tujuan aku datang ke sini. Semata-mata nak merealisasikan keinginan majikan aku.

"Cik dia punya kawankah?"

Aku hanya mengangguk.

"Dia ada di tingkat atas, meh. Tengah photoshoot." Beritahu wanita berbangsa cina itu.

"Oh, boleh tak kalau saya nak naik jumpa dia?" soal aku lagi. Takkanlah nak rempuh macam tu aje tempat orang. Macam tak ada adab pula nanti.

"Okey, thank you."

"Most welcome."

Usai wanita berbangsa Cina itu keluar, aku terus menekan punat lif. Setelah pintu lif ternganga luas, aku memboloskan diri ke dalam perut lif. Aku berdoa di dalam hati agar kehadiran aku tak mendatangkan masalah kepada Cik Warda.

SETIBANYA di tingkat paling atas, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ada tiga pintu. Aku tak tahu pintu yang mana satu perlu aku buka. Ini semua Encik Mqidad punya pasal. Geramnya!

"Cool, Narina. Cool! Tarik nafas, hembus." Pintu pertama aku puas tetapi hanyalah sebuah bilik kosong dan agak luas.

Pintu kedua pula aku pulas. Nafas lega aku hembus. Kelihatan lampu kamera berkelip-kelip menangkap gambar perempuan berbadan tinggi lampai itu.

Cik Warda kelihatan anggun mengenakan dress yang dipenuhi dengan manik-manik swarovki. Nampak elegen sangat!

"You siapa?" Soalan daripada seorang lelaki bertubuh tegap yang mengenakan suit hitam dan sedang duduk di kerusi 'director' itu menyentakkan aku.

"Saya Narina. Maaf mengganggu. Kehadiran saya ke sini untuk bertemu dengan Cik Warda," beritahuku dengan penuh sopan.

"Narina? Tunang Miqdad? Oh, Warda ada beritahu I tentang you." Mata helangnya memerhatikan aku daripada atas sehingga ke bawah dengan bibir yang tercebik-cebik.

Malu aku dibuatnya. Aku rasa Cik Warda ada bawa mulut pasal aku. Dan siapa lelaki ni? Cara dia pandang aku tu macam something sangat.

"Narina, you buat apa dekat sini?"

Aku berpaling memandang pemilik suara itu. Cik Warda berdiri di depan aku sambil mengelap mukanya dengan tisu. Dahinya berpeluh-peluh. Uish, penat juga jadi model ni walaupun cuma berdiri di depan kamera dan beraksi.

"Sorry ganggu Cik Warda waktu-waktu macam ni. Saya cuma ikut arahan bakal suami saya sahaja." Perkataan 'bakal suami' sengaja aku tekankan. Dia mencebik.

"Kenapa? Miqdad ada suruh you sampaikan apa-apa pesanan ke untuk I?" soalnya.

Aku mengangguk laju.

"Apa?" soalnya lagi.

"Tunang saya cakap malam ni dia nak buat makan-makan. Dia dah tempah tempat di Gami Chicken. Dia nak jemput Cik Warda dan tunang cik datang join kami," kataku. Sebiji mengikut skrip yang Encik Miqdad bagi.

"Eh, kenapa pula nak jemput I dengan Izuan sekali? And you macamlah tak boleh nak call I. Tak perlu pun datang sini," katanya. Seolah-olah marah dengan kehadiran aku di sini.

Aku menjungkit bahu. "Saya cuma ikut arahan. Lagipun, masa tu Cik Warda dah jemput kami datang your birthday party, kan? Tak salah rasanya kalau kali ni kami jemput Cik Warda dan Encik Izuan makan malam sekali dengan kami berdua. Dapatlah kita eratkan silaturahim, kan?"

"Pelik..."

"Tak ada apa yang pelik pun. Cik Warda cumalah masa lalu tunang saya. Niat Miqdad baik. Dia nak merapatkan silaturahim." Tukasku.

Terangkat sebelah kening dia memandang aku. Otaknya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu tapi, apa?

"Okey, I setuju. Nanti I beritahu Izuan. Thank you for your invitation. I hargai." Katanya dengan senyuman yang tidak ikhlas.

Aku mengangguk. "Small matter. Datang, jangan tak datang pula."

"Hmm, okey."

Aku menundukkan sedikit kepala kepada lelaki yang masih duduk di kerusi 'director' itu sebagai tanda hormat. Pintu aku kuak. Cepat-cepat aku keluar dari ruangan itu.

Telefon aku keluarkan dari dalam saku seluar. Nombor telefon Encik Miqdad aku dail. Tidak lama kemudian dia menjawab panggilan aku.

"How?" soalnya.

"Beres!"

"Wah, thank you. Sekarang ni kita kena halang Izuan pula." Katanya di corong telefon.

"Tapi macam mana?" soalku.

"Saya ada idea. Just wait and see. Awak balik office sekarang."

Aku mencebik. Talian aku tamatkan. Telefon aku simpan semula ke dalam beg selempang yang sentiasa aku bawa bersama. Mataku terpaku pada sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manis. Cincin itu aku usap-usap.

"Saya bodoh. Saya dah mula sayangkan Encik Miqdad. Saya tak sepatutnya mungkiri janji. Saya minta maaf. Bukan saya yang minta perasaan ni hadir," gumamku. Setitis demi setitis air mataku mengalir.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now