BAB 25

2.1K 103 8
                                    

KEESOKAN harinya aku datang kerja seperti biasa. Aku dah bersedia menerima segala kemungkinan. Aku dah bersedia menerima pandangan sinis dan cacian semua orang.

Tambahan pula, hari ni hari terakhir aku berada di sini. Tujuan aku datang kerja hari ini pun sebab aku nak serahkan surat berhenti kerja.

"Narina, awak okey?"

"Saya okey." Aku ukirkan senyuman kecil kepada Farah. Mungkin dia nampak air muka aku yang agak pucat hari ni.

"Awak nampak macam tak okey. Mata awak sembap." Katanya.

Macam mana tak sembap kalau satu malam aku menangis. Ah, biarlah! Semua ni akan berakhir. Selepas itu, aku akan paksa hati aku untuk lupuskan nama Miqdad Halimi. Aku akan buang dia jauh-jauh dari memori aku.

"Saya kurang tidur semalam sebab tengok midnight movie." Bohongku.

"Oh, yalah. Saya bukan apa, saya cuma risaukan awak. Kita kan kerja dalam satu tempat yang sama. Tak salah saya ambil berat pasal awak, kan?" Dia mengukirkan senyuman.

Aku mengangguk.

"Nanti kita lunch sama-sama, ye?" Ajaknya.

"Awak tak puasa hari ni?" soalku. Farah menggelengkan kepalanya.

"Hmm... bolehlah. Sebagai lunch terakhir kita." Putusku.

"Lunch terakhir? Apa maksud awak?" soal Farah bersama dahi yang berkerut. Aku tarik keluhan.

"Hari ni hari last saya kerja. Saya nak berhenti kerja."

"Tapi, kenapa?"

"Saja. Saya nak duduk dengan emak dan abah saya di kampung. Lagipun, Encik Miqdad dah getback dengan bekas kekasih dia," jawabku.

Mata Farah jelas membuntang ketika aku memberitahunya perihal itu. Mungkin dia sedih sebab crush dia dah getback semula dengan bekas kekasihnya. Kesian Farah... Dia menanggung nasib yang sama seperti aku. Cinta dalam diam.

"Awak biar betul ni, Narina?"

"Dia orang dah luahkan isi hati masing-masing di depan saya semalam. Dia orang memang saling mencintai. Saya dah berjaya satukan mereka." Aku menunduk. Mengawal air mata supaya tidak mengalir.

"Tapi, kenapa..."

Aku mengangkat kepala tatkala mendengar keluhan Farah. "Awak kecewakah dengan berita yang saya sampaikan ni?"

"Sikitlah..." Balasnya.

Kalau awak sedikit, saya kecewa banyak, Farah. Saya perempuan yang sentiasa ada di sisi dia sepanjang kami menjayakan rancangan bodoh ni. Bisik hati kecilku.

"Awak confirm nak berhenti, Rin?" soalnya lagi. Aku mengangguk mengiakan.

"Narina, masuk bilik saya sekejap." Arah Encik Miqdad yang tiba-tiba muncul di belakang aku. Farah terus beredar meninggalkan kami berdua.

"Okey." Aku mengangguk.

Aku membiarkan Encik Miqdad jalan dulu. Surat berhenti kerja aku keluarkan dari dalam beg selempang lalu aku bawa masuk ke dalam ruangannya. Nafas aku tarik lalu aku hembus perlahan-lahan.

"Duduklah," arahnya.

Aku duduk. Redup mata aku memandang wajahnya yang kelihatan ceria pada pagi ni. Mungkin terlampau bahagia agaknya.

"Ada apa encik panggil saya?" soalku.

"Saya nak serahkan ni." Dia menolak sehelai keratan cek kepada aku.

"Sesuai dengan perjanjian kita. Kalau awak berjaya satukan saya dengan Warda, saya akan bagi bayaran akhir. Duit tu milik awak." Katanya. Jari telunjuknya lurus menuding keratan cek di depan aku.

Keratan cek itu aku pegang dengan tangan yang sedikit menggigil. Amaunnya sungguh menyesakkan dada aku.

"Li... lima puluh ribu?" soalku, gagap.

"Yup. Kenapa? Tak cukup?"

"Cukup. Cukup sangat!"

"Terima kasih, Narina. Saya harap awak dapat pulangkan semula barang yang saya bagi dekat awak. Secepat mungkin."

Reaksi wajah aku berubah. Barang apa lagi yang dia maksudkan kalau bukan sebentuk cincin yang masih kemas tersarung di jari manis aku.

"Oh, maaf..." Perlahan-lahan cincin itu aku tarik keluar dari jari lalu aku serahkan kepadanya.

"Mulai hari ini, hubungan kita terbatas. Saya majikan dan awak PA. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu. Awak dan saya tidak akan ada lagi urusan peribadi melainkan urusan kerja," katanya.

"Macam mana dengan ibu Cik Warda? Dia dah boleh terima encik?" Sengaja aku menyoalnya.

Dia menggeleng. "Saya akan usahakan untuk satukan kembali ibu dia dengan parents saya dan saya tak akan mengalah. Itu janji saya."

Aku diam agak lama. Surat berhenti kerja yang masih ada di atas riba aku pandang sepi.

"Awak ada apa-apa nak cakap?" soalnya. Aku mengangguk laju.

"Apa dia?"

"Saya nak serahkan ni." Aku menyerahkan sampul surat berwarna putih itu kepadanya. Dengan senang hati dia menyambut huluran aku.

"Apa ni?" soalnya lagi.

"Saya minta maaf. Saya tetap tegas dengan keputusan saya, Encik Miqdad. Saya nak resign." Tajam mata aku memandangnya.

Dia mencampak surat itu ke atas meja. Gerun aku melihat reaksi mukanya yang membengis serupa singa kelaparan.

"Kalau saya tak bagi awak resign macam mana?"

"Saya tetap akan resign." Tekanku.

"Narina, jangan buat saya macam ni. Tak payah resign. Saya perlukan awak sebagai PA saya." Tangannya yang cuba menyentuh tangan aku tepis agak kasar.

"Saya minta maaf. Saya tetap dengan pendirian saya. Encik boleh cari PA baharu." Aku bingkas bangun dari dudukku. Dia turut berdiri.

"Okey, fine! Kalau awak memang betul-betul nak resign, saya tak boleh nak halang. Itu hak awak tapi untuk terakhir kalinya boleh tak awak buat sesuatu untuk saya?"

Dahi aku berkerut. Kerja bodoh apa lagi yang dia nak aku buat? Tidak cukup lagikah aku jadi 'alat' dia selama ni?

"Saya..."

"Please, jangan reject." Rayunya.

"Encik nak saya buat apa lagi?" tanyaku. Aku buang pandangan ke arah cincin aku yang berada di atas mejanya.

"Malam ni saya nak jumpa awak di Subak Restaurant. Pakai cantik-cantik, ya." Dia ukirkan senyuman paling manis untuk aku.

Jangan cair, Narina. Jangan cair!

"Tengoklah macam mana nanti," balasku. Acuh tidak acuh.

"Make sure awak datang. Kalau tak saya sendiri yang datang rumah awak dan dukung awak ke sana." Katanya seolah-olah nak menggertak aku.

Aku mencebik. "Macamlah encik kuat nak angkat ikan dugong macam saya ni."

"Eh, jangan cabar saya. Saya tunggu awak dekat sana malam ni. Datang seorang sahaja. Jangan bawa kawan. Pakai cantik-cantik. Make up sikit."

Aku tergelak kecil. "Aduhai, banyak betul request. Dah macam nak melamar saya pula."

"Kalau saya nak lamar awak pun, kenapa? Salah?" soalnya bersahaja.

Aku tergamam. Terkedu. Terpempan. Semua 'ter' ada setelah mendengar ayatnya. Alah, mungkin dia bergurau.

"Saya minta diri dulu. Banyak kerja saya nak selesaikan sebelum saya berhenti kerja." Pamitku. Keratan cek itu aku pegang kemas.

"Okey, jangan lupa malam ni." Pesannya. Aku mengangguk.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now