BAB 9

1.3K 80 2
                                    

BANGUN awal pagi tu mata aku memang sembap habis. Macam kena sengat tebuan pun ada. Apa tidaknya, pukul empat pagi baru aku dapat tidur. Subuh pun terlajak. Ini semua Encik Miqdad punya pasallah.

Dia sedap-sedap tidur sedangkan aku disuruhnya buat kerja. Kos yang dia minta pun aku main letak saja. Aku malas nak fikir dah. Otak aku ni bukan otak Matematik. Grafik jauh sekali!

"Macam mana dengan kos yang saya minta semalam? Dah siap?"

Tersembur teh panas yang aku minum. Tiba-tiba dia sergah aku dari belakang. Agaknya dia memang tak tahu nak bagi salam. Agama saja Islam tapi adab ke laut!

"Kalau ya pun bagilah salam dulu," gumamku. Cukup aku seorang yang dengar. Jangan dia dengar sudahlah.

"Hah?"

"Tak... tak ada apa. Saya tak cakap apa-apa pun," nafiku seraya tersengih.

"Whatever! Mana kos yang saya minta tu? Awak dah siapkan ke belum?" Tangannya diunjukkan kepada aku persis meminta sesuatu.

"Dah," jawabku sepatah.

"Mana?" soalnya, tidak sabar.

Aku mendengus perlahan. Fail berwarna hitam yang aku letakkan di hujung meja makan aku capai pantas lalu aku serahkan kepada Encik Miqdad. Pantas tangan dia mencapai.

Lama dia membelek-belek fail itu. Sesekali jari telunjuknya menggaru keningnya yang tebal serupa Hutan Amazon.

"Mana awak dapat anggaran kos sampai RM40,000 ni, Narina?"

"Err..."

"Awak main letak sahaja ke apa? Mana ada sampai RM40,000. Rumah baharu Encik Qaisir bukan besar mana pun. Lagipun, kita bukan ubahsuai semuanya," omelnya.

Lah...

Aku pula yang dipersalahkan. Alah, dia bukan tak tahu yang aku tak handal bab-bab anggaran kos. Memanglah masa dekat sekolah dulu aku ada belajar subjek Akaun.

Masalahnya, tak pernah sekalipun aku lulus. SPM pun cukup-cukup makan. Itu pun nasib baiklah ada kerja kursus yang sudi membantu.

"Saya dah cuba kira-kira tapi tak dapat. Saya tak pandai nak anggarkan kos. Saya dah cakap dekat Encik Miqdad, kan?" Balasku.

"Sebab tak pandailah awak kena belajar. Manalah tahu kalau saya tak ada nanti, awak bolehlah deal dengan klien. Awak tak nak belajar masalahnya. Tahunya besarkan badan saja!" Marahnya.

Wah, ini sudah lebih!

"Encik Miqdad tak payahlah kutuk saiz badan saya. Saya tahulah saya ni tak sekurus dan tak secantik awek encik tapi, saya pun ada perasaan. Apa perempuan gemuk macam saya ni tak layak dihormatikah?!" Herdikku.

Kalau dengan majikan lama dulu aku tak berani nak menjawab sebab dia garang macam singa betina tapi, Encik Miqdad ni tak adalah garang sangat. Sebab itulah aku berani nak membetah. Kadang-kadang memanglah dia macam singa jantan.

Encik Miqdad nampaknya terkedu. Mungkin dia tak sangka agaknya aku berani herdik dia. Itulah, siapa suruh dia cari pasal. Kalau nak marah aku pun, tak payahlah libatkan bentuk fizikal aku.

Sensitif, tau!

"Kalau tak nak saya usik pasal bentuk fizikal awak, buat kerja sempurna sikitlah. Bila saya suruh siapkan kos, buat betul-betul. Kira betul-betul. Bukannya main letak macam ni. Ada PA pun tak boleh diharap!" Suaranya naik seoktaf.

Aku terdiam.

"Sudahlah! Buang masa saja bercakap dengan awak ni. Nasib baiklah saya ni perlukan PA segera. Sebab itulah saya highlight nama awak. Kalaulah saya tahu perangai awak macam ni memang awal-awal lagi saya koyakkan resume awak!"

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now