{1}

953 28 0
                                    

"Apa benda semua ni.. Kenapa harini semua tak kene..Haishhhh!" Bengang Karin, mana tak nya dari pagi satu² masalah yang datang dari projek baru untuk syarikat dia gagal diterima. Lepastu elok pulak ada satu lagi masalah yang timbul dengan duit sewa bangunan tak terbayar lagi. Hmm memang rasa nak mengamuk jelah dia harini.

Semua pekerja dekat situ biarkan Karin melayan kemarahannya sendiri asalkan gaji masuk. Karin meneliti laptop di depannya sebelum dia beralih memandang Syarina di luar bilik dia. Dia terus memanggil syarina masuk menggunakan telefon kira dia call jelah.

"Ye kenapa Cik Karin nak jumpa saya?" Kata Syarina dengan muka selamba berdiri di depan meja boss dia ni

"Kenapa awak cakap?" Karin sikit lagi nak marah tapi dia cuba tahan perasaan tu

"Awak buat apa dekat office saya pagi tadi?" Tanya Karin

"Hah? Ta..tak buat apa²" Balas Syarina sedikit gugup

"Rina syarikat saya ni kecik je senang jelah saya nak tangkap pengkhianat macam awak ni"

Tiba² Syarina tersenyum sinis memandang Karin dah macam manusia baru kene rasut pun ada. Seram sejuk je Karin tengok minah depan dia ni. Gelakkan sinis Syarina tadi berhenti sebelum dia buka ikatan rambutnya dan mengibas-ngibas sedikit rambut dia kasi teratur.

"Baguslah kalau you dah tahu senang sikit keje nak keluar dari office cikai you ni" Kata Syarina, Karin dah berkerut dahi tak faham

"Actually, dah lama dah I buat keje ni you je yang tak alert. Macam mana lah perempuan macam ni boleh jadi boss nasib syarikat kecik je"

"To be honest, I tahu you berbakat dalam business² tapi sayang you tak cukup bajet nak support produk baru you tu. Haihh sedih I dengar"

"Kau memang dah melampaulah Syarina. Aku boleh saman kau dengan bukti yang aku ada ni Kau tahu!" Tengking Karin. Dia dah hampir naik darah dengan Syarina ni silap hari bulan boleh mati minah ni dia buat.

"What? Saman? Silakan Karin I don't mind, you punya syarikat eh jp syarikat ke ni hmm macam rumah terbiar je what ever yang penting dia celah gigi I je. Come on duit sewa bangunan ni pun you tak mampu nak bayar boleh ke you turun naik mahkamah ada duit ke nak ambik lawyer. Ouh wait,ke you nak ambik duit saman I tu untuk bayar you punya sewa bangunan ni?"

Tak semana-mana tamparan hangat dari Karin melekat ke pipi Syarina. Syarina terkejut dengan tindakan berani Karin menamparnya, dengan geram dia tolak Karin hingga terkena pada bucu meja. Terduduk Karin menahan sakit. Nasiblah Karin bukan perempuan yang cepat menangis kalau tak boleh nangis juga rasa kesakitan ini.

"You know who am I? I anak dato Razim salah satu company syarikat terbesar dekat Malaysia ni and you yang tak ada apa² ni tampar I. So let me sue you. Jumpa dekat mahkamah lepas ni" kata Syarina sebelum terus keluar dari pejabat itu. Pejabat sekarang kosong sebab semua pergi lunch jadi memang tak delah orang dekat situ tapi kalau ada pun 3 orang je Zara,Zarin and Rykal tu pun kawan rapat Karin. Nampak tak betapa tak majunya syarikat Karin ni.

Okay dia bukan tak maju tapi dalam proses banyak dah usaha Karin buat dengan sahabat² dia dan banyak juga syarikat-syarikat kecil yang dia dah kalahkan dengan bakat dan kreativiti yang dimiliki oleh Karin tapi biasalah tak senang nak hidup senang.

Karin memicit-micit kepalanua yang pening disebabkan bebanan yang datang tanpa henti dari tadi. Dia berdiri menghadap tingkap yang agak besar berada di dalam bilik itu. Tingkap dibuka, udara segar dihirup tetapi disebabkan moodnya tidak sesegar udara ini, semuanya jadi tidak kene. Tidak semana-mana air mata yang sepatutnya sudah beku di kelopak matanya itu akhirnya jatuh juga. Dah lama dia tak menangis mungkin kali terakhir semasa dia kehilangan keluarganya ketika umur 16 tahun. Teresak-esak Karin menangis, dia terus melayan emosinya sebelum dia tutup semula tingkap dan sambung membuat kerja.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now