{21}

136 10 0
                                    

Karin POV:

"Aku bawak makanan" Kata lelaki berupa Zariel yang baru masuk dalam bilik ni. Aku tahu muka dia sama serupa sebijik macam Zariel tapi aku masih tak yakin itu betul² Zariel atau tak. Hati aku kuat mengatakan dia bukan Zariel.

Dia membawa bungkusan makanan di tangan sebelum menarik meja kayu yang ada di situ ke depan aku. Aku masih berikat di sini, badan tak payah cakap lenguh dia macam mana. Bayangkan korang yang duduk atas kerusi kayu 5 minit pun dah rasa sakit apalagi aku duduk sini dah rasa hampir 2 hari kot nasib ada dinding dekat sebelah. Kadang tu bila letih aku bersandar ke dinding ni.

Wajah aku pucat sebab dari kene culik lagi aku tak makan langsung, hanya beralaskan zikir sahaja nasib aku ingat kata² ustazah dulu. Bila nak kiamat nanti tiada makanan langsung hanya beralaskan zikir sahaja jadi aku anggap diri aku dalam keadaan itu sekarang cuma tak seteruk suasana kiamat hanya lapar dan dahaga sahaja.

"Memang diorang tak bagi kau makan ke sia. Diorang curi kau bukan nak bunuh kau, bodoh apa kasi kebulur macam ni" lelaki itu sibuk membuka bungkusan makanan sambil mulut membebel tak puas hati. Aku melihat dia agak pelik, harini dia nampak lain dari first aku jumpa masa aku bangun tu. Dia nampak emm mungkin lagi baik berbanding masa itu yang tiba² emosi tak tentu pasal.

"Kau bukan Zariel... kan?" Kata² Karin membuatkan manusia berupa Zariel di depannya itu terhenti membuat kerja membuka bungkusan makanan di atas meja. Dia memandang aku seketika.

"You're the first person that know me not as Zariel..heh"

"Siapa kau?" Tanya Karin

"As you know aku bukan Zariel and aku pun tak nak kau anggap aku Zariel"

"Aku Khai"

Khai mengambil sesudu nasi goreng kampung sebelum diberi padaku tapi aku tak ambil suapan itu. Aku hanya memandang dia ragu², risau jugak kalau kot² dia bagi racun ke dalam makanan ni.

"Bila aku bagi makan bukak mulut. Kang kalau kau mati dekat sini payah aku nak tanam nanti"

Muka dia agak bengang bila aku tak bukak mulut tapi dengan berat hati aku menerima suapan itu, aku tiada pilihan lain kalau nak terus hidup lagipun dah beberapa hari aku tak makan dan perut aku sangat kosong.

"Kenapa kau curi aku?"

"Bukan aku curi kau"

Apa maksud dia?

"Apapun bukan badan ni yang nak curi kau, kitaorang buat sebab orang suruh. Mycal suka bab² ni sebab tu dia ikut"

"A..apa maksud kau?"

"Kau tak perlu tahu yang penting kau tunggu je sini sampai orang tu datang. Kau kene makan nanti banyak kau lalui" Kata Khai. Aku semakin pelik dengan dia dan bila dia mengeluarkan kata² itu buatkan aku takut. Apa akan jadi dengan aku? Adakah ini pengakhiran hidup aku?

"Aku nak mintak tolong kau"

Dia memandang aku menunggu permintaan yang aku inginkan

"Aku nak tudung aku balik.. Tolong"

"Is that important?"

"Yes, please" aku memohon simpatinya. Aku sangat tak selesa bila mana aku tidak bertudung dan dia memandang aku, rasanya sama seperti aku berbogel jadi kalau betullah ini terakhir aku hidup di muka bumi ni bagilah aku menutup aurat dengan sempurna.

Tanpa berkata apa² Khai bangun dan keluar dari bilik ni. Aku hanya melihat. Dia tak nak tolong aku ke? Hmm memanglah penjahat mana je bagi layanan baik untuk orang yang dia culik. Aku kembali membetulkan kedudukanku dalam masa yang sama aku melihat nasi di atas meja. Baru berusik sedikit nasi itu dan aku masih lapar hmm.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now