{3}

334 20 6
                                    

"Kenapa pakcik nak cakap dengan Karin ni? Ada apa² nak minta tolong ke?" Tanya aku

"Keje okay?"

Soalan yang keluar dari mulut pakcik tu sangat² lah jarang aku dengari or mungkin tak pernah dengar pun. Sejak bila dia care pasal aku ni .

"Okay je"

Mereka berdua mula berpandangan sesama sendiri. Aku pula rasa tak selesa sekarang ni seram sejuk pun ada.

"Pagi semalam ada seorang laki datang jumpa pakcik dan makcik dekat restoran" kata makcik pula

Lelaki? Okay pastu kenapa bagitahu aku?

"Okay then?"

"Dia kata dia nak masuk meminang Karin and dia nak perkahwinan ni dijalankan secepat mungkin" jelas pakcik pula.

"Wait what?! Pa..pak cik kenal ke siapa dia?"

Ni mesti Zack ni. Haish mamat ni gelojoh betul.

"Tak tahu tapi nampak macam orang berada" sambung pakcik

"Muka pun helok. Ingat artis luar negara mana datang restoran rupanya bakal menantu makcik"

Aku dah buat muka menjijikan bila dengar makcik kata macam tu tapi sekarang tak kesahlah cuma aku geram gila dengan mamat tu sekarng tak boleh saba ke tunggu jawapan aku dulu yang gelojoh jumpa parents aku dulu dah kenapa.. eeee Zackk!!!!

"Eloklah dia buat tindakan macam tu maknanya dia betul² serius nak jadikan Karin isteri dia. Dia berani jumpa makcik ngn pakcik. Pakcik ingat Karin tahu dia jumpa pakcik sebab nampak macam dia tahu semua benda pasal keluarga kita"

"Emm tak tahu" kataku dengan nada suara perlahan.

"Dah rancang ke bila nak buat majlis nikah, kawin semua?"

Aku masih diam membisu. Aku sendiri tak pasti dengan semua benda ni macam mana nak rancang dengan lebih lanjut pulak.

"Karin okay?" Pakcik mula bersuara bila nampak aku macam tak berminat dengan semua ni.

"Kenapa Karin tak suka ke dia? Ke Karin masih dalam dilema?" Soal pakcik lagi.

"Kalau Karin tak okay kami tak paksa. Ini semua kehendak Karin, Karin yang akan melalui nya nanti kami cuma nak kan yang terbaik je untuk Karin. Makcik dan pakcik tahu dah lama Karin nak kan keluarga sendiri, keluarga bahagia sebab tu kami gembira bila ada orang datang nak meminang Karin. Apalagi lelaki yang datang tu nampak baik and sopan dengan kami" Sambung Makcik pula.

Memang aku nak semua tu keluarga bahagia tapi mampu ke dia bahagia kan aku?

"Tak apalah Karin fikir dulu, dah dapat keputusan bagitahu kami. Kami sedia menunggu and pakcik pasti dia juga tertunggu-tunggu keputusan Karin" sambung pakcik pula.

Aku angguk sebelum terus masuk ke bilik. Dari semalam aku asyik termenung ni aku benci bila ada satu benda menganggu aku termenung jelah keje macam dah takde keje lain.

[Keesokan harinya]

Dua hari dah berlalu dan aku masih belum memberi keputusan pada Zack. Dia juga ikut apa yang aku suruh setakat ni takde pula aku perasan orang² dia ikut aku. Nampaklah dia pegang pada janji. Dia pun tak ada massage or chat aku mungkin tak nak mengangguku. Aku fokus membuat kerja di pejabat.

" Karin kau tak nak balik ke?" Kata Rykal yang dah tercegat depan pintu bilik aku.

" Dah tak ada orang dekat pejabat ni tinggal kau je ni" kata rykal lagi. Aku lupa yang Zara balik awal harini katanya ada urusan aku pun malas nak tanya banyak.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now