{12}

248 11 4
                                    

Syarina POV:

"looking good. I want him"

"Saja nak bagitahu,He not interest with girl" Kata Rayyan

"Takkan dia LGBT"

"Tu lagi teruk dari LGBT maybe boleh samakan dengan hati batu"

"Heh nonsense" perkataan tu terkeluar dari mulutku, anak mata aku jeling sedikit menyampah pula bila fikir balik. Aku mengabaikan seketika kerja di atas meja officeku ini. Ye lepas je jumpa Rayyan sekejap tadi aku terus pulang semula ke office. Tadi jumpa nak ambik barang je tak sangka pula barang lain yang jumpa heh.

Aku tahu Zacky Aydan tu siapa, Dialah boleh kira top 5 businessman tersohor dekat Malaysia ni eh aku boleh kata luar negara juga mengenalinya. Pengaruh dia besar tapi macam mana Karin boleh kenal dia. Siap rapat lagi dengan Naim cousin dia tu, aku sakit hati tahu benda ni. Ye dah lama aku perhatikan gerak-geri minah tu biasalah musuh kan. Aku kene lah kenal musuh sendiri baru boleh jatuhkan dia dengan mudah.

Ni tak boleh jadi, aku nak mamat tu! kalau aku tak boleh dapat dia atleast aku nak dia hancur sekali dengan Karin. Kita tengok nanti lets start this game. Mata aku tajam memandang ke depan sebelum senyuman sinis aku beri. Aku kembali termenung memikirkan sesuatu.

Selesai sahaja Karin membuat presentation semua memberi tepukan puas hati tapi sakit pula hati aku mendengarnya. Aku yang berdiri disebelah dia rasa nak pergi balik tempat duduk sendiri. Aku dah jangka benda ni akan jadi, aku takkan boleh menang lawan presentation dengan Karin dan perkara tu paling aku benci! Dia junior aku tapi aku boleh kalah dengan dia hishh!

"I know you will do well Karin. Okay Congratulations! You can sit on your place back" Kata Mr wiliam sambil tangannya ditepuk beberapa kali berpuas hati.

Aku berjarak 3 meter je dengan Karin ni langsung dia tidak hiraukan. Hell aku dah buat yang terbaik kot takkan kau tak nampak lagipun aku senior dari dia perempuan ni ada pakai apa² jampi ke hah!

"Ouh syarina you also can sit. Good tapi cuba lagi eh Karin tu junior you kan macam manalah dia boleh buat yang terbaik lagi daripada you ni. Takpelah you boleh duduk"

Aku memberi pandangan menyampah pada Mr. Wiliam hati aku cukup sakit mendengarkan itu. Aku terus bergerak ke tempat duduk aku semula. Aku perasan Karin memandangku tapi langsung aku tidak balas pandangannya, hati aku sakit sebelum dia masuk sini aku yang mendapat gelaran itu tapi sejak dia masuk semua gelaran yang aku dapat terarah ke dia.

Dia sahajalah yang bagus entah apa kurangnya aku lebihnya dia aku pun tak tahu. Mulanya aku tak nak rasa benci terhadapnya tapi bila benda ni makin melarut makin ramai lebihkan Karin berbanding aku. Makin ramai nak berkawan dengan dia dan percaya dia berbanding aku, aku jadi makin benci dan benci pada dia

Aku tak rapat pun dengan Karin dan minah tu kenal ke tak aku pun aku tak tahu. Aku tahu dia jenis tak kesah dengan orang sekeliling dia acah hot konon padahal kalau ikut kekayaan aku ada semua benda berbanding dia. Aku tahu dia masuk Universiti lambat sebab tak cukup duit nak bayar yuran. Akhirnya sebab dia ada bakat dan pandai dia diterima dengan mudah. Sakit hati aku bila fikir benda ni . Sejak dari itu aku mula tekad nak jatuhkan dia walau apa jadi sekalipun aku nak dia rasa apa aku rasa sekarang. Perasaan dipulaukan

Readers POV:

Karin memandang ke arah jalan sunyi di depannya ini. Tak adalah sunyi mana adalah kereta cuma tak banyak. Hati terasa sakit dan mata seperti ingin mengalirkan air yang dah lama di simpannya. Dia tak nak menangis mengenangkan masa silamnya tapi dia tak kuat ketika ini. Kakinya melangkah sedikit demi sedikit mendekati tempat itu. Tempat di mana kemalangan yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Kemalangan yang mengubah dirinya, mengubah kehidupannya sekarang.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now