{23}

135 11 0
                                    

Readers POV:

"Dia dah nak keluar, aku rasa itu Mykal. Naim, your turn" Kata Zariel sambil kaki berjalan laju keluar  dari hospital.

Dia memakai spy earpiece yang di connect sama² dengan Zack dan Naim. Disebabkan ianya kecil jadi memang takkan nampak yang mereka pakai benda ni. Zariel juga memakai mask hitam dan bertopi untuk mengelakkan orang nampak dia dekat sini atau lagi tepat Zafran.

"Cun" balas Naim

Naim meletakkan keretanya di tempat parking. Dia sedang menunggu Zafran keluar dari situ sambil memerhati dari dalam kereta. Harini dia betul² rasa aura penyiasatnya yang dah lama tidak digunakan hadir semula apalagi bila dia berpakaian seperti seorang penyiasat sekarang. (semua hitam siap pakai spek hitam lagi. Overlah mamat ni)

"Kau nak lolypop?" Tanya Mia

Lupa nak mention seperti biasa di mana ada Naim di situ ada Mia. Mia juga duduk di kereta ikut Naim sambil memerhati dan dia juga ada pakai earpiece tu. Actually, dia yang bagi benda tu lepas terima cadangan daripada Naim. Dia seperti biasa berbaju hoodie oversizenya dan rambut di ikat ponytail.

"Sokey" Tolak Naim

"Hmm rugi"

"Haishh bolehlah meh, ganggu je"

"Ek eleh orang pelawa pun cakap ganggu"

Mia buat muka menyampah sebelum memberi satu lolypop yang sempat dibeli tadi pada Naim. Naim buka plastik lolypop itu dan memasukkannya ke dalam mulut. Mata masih memerhati ke luar kereta dengan tekun. Beberapa minit kemudian, Zafran keluar dari situ, lelaki yang dia tunggu lama dari tadi baru muncul, Naim tersenyum sinis tapi senyuman dia itu berhenti bila Mia gelabah tepuk² dia dekat sebelah.

"Weyh² tu tu tu" Kata Mia, tangan tak henti² tepuk Naim dekat sebelah

"Sakit gila, aku tahulah, nampak haihh"

Mia tersenyum sumbing. Zafran melihat sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta. Dia bertopi yang hampir menutup mukanya dan dari situ boleh nampak itu bukan Zafran. Walaupun Naim tak tahu sangat pasal alters Zafran, tapi dia tahu perangai,cara and gaya Zafran macam mana.

"Dia dah keluar. Aku follow sekarang au" Kata Naim

"Go" Kata Zack

Kereta Mia yang dipandu Naim bergerak ikut Zafran yang dah keluar dari tempat parking ini. Ye dia pakai kereta Mia sebab kalau pakai kereta sendiri takut kantoi pulak. Zack pula menunggu Zariel di luar bangunan hospital, lelaki itu jalan mendekati keretanya sebelum masuk ke dalam. Bila nampak Naim dah keluar dari tempat parking dia ikut kereta itu dari belakang.

Jauh perjalanan dan pelbagai juga dugaan dihadapi Naim dan Zack bila ikut senyap² apalagi dua kereta ikut satu kereta yang sama nak cover kasi tak kantoi tu agak mencabar. Akhirnya Zafran sampai ke destinasinya, sebuah bangunan besar seperti kilang dan ianya berada agak jauh dari kawasan perumahan.  Sekelilingnya penuh dengan pokok² tapi tempat ini dijaga dengan rapi kerana tiada semak-samun yang menyakitkan mata di sekelilingnya.

"Aku gerak belakang" Kata Zack

Zack bergerak bertentangan dari mereka, dia mengikut jalan ke belakang kilang bila nampak ada satu jalan lagi. Kereta di berhentikan di tepi jalan, Zack dan Zariel dapat lihat suasana belakang kilang dari jauh menggunakan binoculars yang diberi Naim sebelum datang sini tadi. Binoculars diletakkan pada mata Zariel melihat dari jauh kawasan belakang kilang sambil menunggu.

"Giler ah gempak dowh benda ni, tak pernah² aku guna, best pulak" Kata Zariel teruja pulak dia guna peralatan tu

"Menyempat eh, tengok jelah" balas Zack, dia hanya melihat jalan menunggu van yang sepatutnya akan datang time² macam ni.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now