{22}

119 10 0
                                    

Karin POV:

Syarina melihat aku dengan senyuman gembira. Aku tak tahu kenapa dengki sangat dia dengan aku sampai sanggup buat semua ni. Aku tak tahu apa besar sangat salah aku dekat dia, aku ingat dia dah move on and tak nak kacau aku dah rupanya ada udang di sebalik batu.

"Karinn~~ omg kesiannya I tengok you" Dia bergerak mendekatiku. Pipi ku dipegangnya lembut tapi aku mengelak dengan bengis.

Dia menggengam daguku kuat sebelum toleh mukaku memadang dia di depan. Aku memandang dia tajam, aku tak rasa nak nangis aku lebih kepada rasa nak bunuh dia sekarang kalau tangan aku tak di ikat dah lama aku tarik rambut panjang dia tu.

"Kau dalam keadaan macam ni pun masih berdegil eh! Kau ingat kau siapa. Kau tu tak de papelah, kau berjaya pun sebab Zack tu kalau tak memang duduk bawah jambatan lah kau!"

"Heh.. Atleast aku ada otak, aku tak dengki macam kau.. perangai serupa setan" Aku memekatkan ayat terakhir itu membuatkan dia bengang sebelum muka aku ditampar kuat olehnya. Aku menggenggam tapak tangan menahan sakit di pipi. Aku nak nangis tapi aku tahan, aku tak nak nampak lemah depan dia. Aku mula rindu Zack aku nak dia! Zack, where are you?!

"Eh bodoh! kau tu dah tak ada apa² tau, tak ada siapa boleh tolong kau. Kau tu boleh melutut dekat aku je kalau nak lepas! Keep it on mind!"

"Heh" aku cuba menahan sakit di hati sebelum memandang dia semula.

"Sampai mati pun aku takkan melutut dengan manusia macam kau lah!"

Sekali lagi tangan dia diangkat ingin melempang aku tapi pintu dihempas kuat tiba². Khai or Anin or sapa² lah, aku tak tahu sejak bila dia dekat situ lepas kene halau tadi masuk semula. Dia memandang ke arah aku dan syarina bersilih-ganti.

"Asal kau tak balik lagi?" Tanya Rayyan pelik melihat dia di situ.

"Asal kau layan dia teruk sangat! Ni bukan janji kau buat dengan Mykal kan?" Kata Khai memandang Syarina tajam.

"What? Janji? Hello sorry Mr.. Ikut aku nak buat apa pun kau tu tak layak aturkan aku. You're khai right. Khai better go or else kau tak boleh keluar dah dari sini" Kata syarina mengugut.

Khai?? Apa ni macam mana boleh jadi khai pulakk. Otak aku cuba memproses segala-galanya tapi tak dapat mencari jawapan.

"Bring him outside" Kata Rayyan tegas pada salah seorang bodyguardnya di sini.

Dia mengangguk sebelum menarik lengan khai tapi khai lepaskan dengan agak kuat dan menumbuk lelaki itu. Salah seorang lagi bodyguardnya datang tapi belum sempat dia bertindak khai dah menumbuk mukanya, sekali tumbukan dia dah tumbang. Rayyan dengan bengis datang ingin menunjukkan bakatnya meninju tapi malangnya dia juga tumbang dengan beberapa tumbukan khai.

"Aku tak suka kau treat dia macam ni. Ni bukan apa yang aku nak"
Syarina dah terkaku memandang Khai.

Aku juga terkaku melihat dia yang bertindak sebegitu. Dia membuka ikatan yang mengikat seluruh badanku sebelum membantu aku bergerak keluar dari sini. Kau bayangkan lepas lama diikat badan aku dah tak rasa bermaya nak bergerak dengan baik jadi Khai membantu aku untuk berjalan keluar. Syarina tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tak cukup kuat melawan khai yang mempunyai tenaga seperti seorang lelaki sejati tu.

"You help me again" kata aku

"Jom, kau kene keluar sebelum aku tukar"

Tukar? Tukar apa? Dia nak jadi Superman ke? Takkan dia hantu yang berupa manusia? Aku simpan sahaja perasaan tertanya-tanya aku ni yang penting sekarang aku nak keluar dari sini.

Aku dibawa bergerak ke satu ruang, tempat ni terlalu besar dan aku yakin masih ramai lagi bodyguard syarina dekat luar ni. Khai yang dah berpeluh melihat sekeliling sebelum tiba² dia diam, matanya di pejam seperti sedang berfikir.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now