{25}

157 8 0
                                    

[Hospital]

Zack POV:

Bilik Doktor:

Aku di minta ke sini lepas doktor yang merawat Karin di ICU keluar untuk berbincang tentang keadaan Karin yang masih dalam koma. Aku takut nak dengar apa yang akan keluar dari mulut doktor perempuan yang berada depan aku sekarang tapi aku cuba untuk hiraukan perasaan ini.

"Isteri saya okay kan doktor?" Tanya aku

"Sekarang ni dia masih dalam koma, Dia mengalami susut berat badan agak banyak dan benda ini lagi kritikal bila mana dia pregnant"

"Pre..pregnant?"

"Ye, dah 2 bulan bayi dalam kandungan isteri awak. Badan Puan Karin juga lemah dan disebabkan itu dia tak dapat menampung bayi dalam kandungannya. Kami tak dapat selamatkan anak awak dan kalau bayi terus berada dalam kandungan Puan Karin kemungkinan kedua-dua mereka akan dalam bahaya"

Air mata aku hampir mengalir mendengarkan itu. Aku bersyukur kerana Karin masih boleh diselamatkan walaupun kecewa baby dalam kandungan Karin tak dapat di selamatkan. Kami tak pernah tahu kewujudan hamba Allah yang ada dalam perut Karin itu dan tahu² dia dah pergi meninggalkan Kami. Aku tak tahu sama ada Karin tahu atau tidak benda ni dan aku tak tahu aku perlu bagitahu dia atau tidak.

"Kemungkinan dalam masa 3/4 hari ini dia dalam koma, kami akan sentiasa memantau kesihatan dia dan kalau dia masih tiada perkembangan. Kami terpaksa buka alat pernafasan pada dia, awak kene sentiasa mendoakan dia untuk sembuh dan bagi dia semangat. Insyaallah dia akan okay"

Aku memberi senyuman pada doktor itu sebelum meminta izin untuk keluar, sambil berjalan aku cuba untuk proses semula apa yang aku dengar tadi. Potensi untuk Karin bangun 50-50 je dan aku, takut. Apapun aku percaya yang Karin akan kuat, dia akan bangun.

Kaki melangkah bergerak ke tandas, tangan membuka pili air sebelum membasuh muka. Selesai membasuh muka mata memandang cermin. Aku termenung dengan memikirkan situasi yang aku rasa sekarang, ianya seperti aku bermimpi dan aku harap ini mimpi walaupun itu agak mustahil. Aku risau,takut, gementar dan mungkin sedikit penat, perasaan yang familiar aku rasa semasa kehilangan kakak. Lama aku tak rasa perasaan ni, aku tak kuat kalau dia pergi. Apa patut aku buat? Aku nak terus berharap tapi aku takut harapan aku ini pudar. Aku memegang dada menahan rasa sebak.

Kuat Zackk, kau kene kuat untuk dia (Zack)

Nafas aku hembus berat sebelum
Kaki melangkah keluar semula dari tandas. Aku bergerak ke wad tadi tapi Zariel dah tiada depan wad itu. Dia tunggu sekali aku tadi sementara menunggu Zafran yang sedang di rawat juga di ICU. Nak kata pergi tandas tadi tak nampak pula dia dalam tu mungkin pergi cafe kot.

Terus aku bergerak masuk ke dalam wad di mana Karin di hantar ke situ, nampak Karin sedang terbaring atas katil. Kaki aku melangkah mendekatinya, muka dia pucat dan mulut dia ditutup dengan bantuan alat pernafasan. Aku duduk di kerusi yang berada di sebelah katil ini sebelum tapak tangannya aku pegang. Aku senyum sambil mengusap tangannya yang mulus itu dengan lembut.

"Baby tahu, dah lama sayang nak sangat pegang tangan baby. Baby paling suka tengok tangan Sayang kan, paling suka main tangan sayang.... Baby.." nafas aku tarik menahan sebak

"Baby kene kuat, baby kene lawan sakit tu .. Sayang nak tengok muka baby lagi, nak tengok baby senyum lagi"

Senyuman manis Karin terbayang di fikiranku tapi bila aku lihat keadaannya sekarang hati aku jadi sakit, lama dia menderita di tempat itu apalagi dia bukan berseorangan ketika itu, anak kami juga merasakannya.

"Sayang..Sayang nak bagitahu something ni"

Aku menarik nafas berat, air mata menitik sedikit tapi cepat aku lapkannya semula. Aku tak nak nampak lemah depan Karin, walaupun dia koma tapi aku tahu dia masih dengar apa yang aku cakap atau mungkin apa yang aku rasa jadi aku kene kuat untuk dia.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now