{15}

209 10 0
                                    

Readers POV:

Karin dan Zariel jalan kaki menuju ke hospital, diorang baru habis minum di cafe area hospital ni sebab Zariel ajak. Alang² Zariel tengah duduk minum dekat situ tadi, Karin pun tengah haus so dia ikut jelah.

Nak dipendekkan cerita, Karin malas nak bawa kereta sebab dia dah parking and dah keluar pun dari kereta so dia pergi jelah jalan kaki, yang Zariel pula memang suka tak bawak kereta kalau pergi mana² tempat yang berdekatan je dengan hospital dia. Jadi diorang terpaksa lah jalan kaki sikit nak pulang semula ke hospital.

"Dia macam pelik tau, Zack tak pernah marah macam tu sekali apalagi bab² ni yelah dia bukan kaki jealous sangat pun tapi semalam dia punya marah tu macam saya buat salah besar je, ke.." Karin berhenti berjalan mata terus menoleh ke arah Zariel disebelahnya, langkah Zariel terhenti disebabkan anak mata Karin tajam memandang dia.

Zariel diam lagat tenang walaupun dalam hati Allah je tahu cuak dia macam mana. Tiba² beberapa orang lelaki yang tah dari mana datang berdiri betul² depan mereka. Karin yang memandang Zariel tadi terus beralih memandang ke depan bila nampak Zariel punya pandangan macam tak kene. Mereka berpandangan buat seketika cuak juga dengan situasi sekarang.

"Diorang siapa?" Tanya Karin berbisik pada Zariel

"I don't know, rasa macam kita salah masuk lorong" Kata Zariel juga berbisik

"What?!"

Karin terus menoleh ke kiri dan kanan, suasana di sini agak sunyi lorong ni pun seperti dijaga bukan ada penjaga hantu tu tau. Dia macam dijaga oleh sekumpulan gengster sebab tu sunyi semacam. Maklumlah hospital Zariel memang agak selok-belok sikit sebab tu kalau tak fokus time jalan boleh salah masuk lorong dibuatnya dah lah kawasan sini tak boleh dijangka orang yang menginapnya.

"Habistu kita nak buat apa sekarang?" Tanya Karin masih berbisik

"Ye kenapa ye?" Tanya Zariel pada mereka dengan sopan walaupun itu bukanlah satu soalan yang sepatutnya dia tanya.

"lu tau tak lu dah pijak tempat kami" Kata salah seorang lelaki cina depan mereka yang tergolong daripada kumpulan gengster ini . Dia mengenakan rantai silver agak besar di leher, kedua tangannya diletakkan dalam poket seluar.

"Ouh ye eh, tak de tulis nama korang pulak tu terpijak tu" Kata Karin bahasa dia cuba kawal supaya tak nampak kurang ajar. Zariel dah memukul dahi dengar Karin cakap macam tu.

"Apa lu cakap?" Tanya lelaki itu

"Hah tak maksud dia, tak tahu pulak tempat ni dijaga hah camtu lah" Cover Zariel.

Telefon memang Zariel pegang di tangan, terus dia letak tangannya ke belakang nasib dia memang dah pro bukak password phone tanpa tengok, maklumlah dah 5 tahun pakai password yang sama. Rasa je phone dah terbuka, tangan dia bergerak ke belakang Karin untuk melihat sedikit skrin telefon sebelum menekan aplikasi WhatsApp.

"Cover jap" bisik Zariel perlahan pada Karin cukup didengari mereka berdua sahaja. Dia masih memandang pada gengster tu tapi tangan sibuk bermain di skrin telefon.

"Tak kesahlah lu tahu ke tak, sekarang ni lu dah pijak tempat kami dan kami pantang orang masuk tempat kami suka hati" kata lelaki tadi lagi.

"Kalau lu dua tak nak bayar..."

"perempuan ni pun boleh jadi. Sedap pula gua tengok dia ni" Kata salah seorang lelaki juga antara mereka.

"Sh*t geli gila muka kalau hensem tak apa jugak ni tong sampah pun lagi sedap dipandang" balas Karin selamba

"Apa lu cakap" langkah mereka diatur mendekati Karin dan Zariel membuatkan mereka berdua melangkah ke belakang.

"Tak de apa"

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now