{4}

323 14 2
                                    

Akhirnya, Zack dan Karin sah menjadi suami isteri. Zack memang dah prepare semua benda lepas dia jumpa Karin haritu, especially bagitahu parents dia yang duduk dekat england sekarang.

Mummy and Daddy Zack memang ada company dekat situ tu yang stay sana. Nasib baiklah parents Zack jenis yang sempoi je tak de pula nak halang anak dia buat apa asalkan benda tu baik. Kawin ni pun mula² je diorang macam pelik ada eh perempuan yang boleh tahan dengan perangai Zack ni, Kalau bab rupa memang Zack menang tak boleh dinafikanlah tapi perangai hmm diorang je tahu teruk dia macam mana.

Parents dia nak balik tapi tak sempat so Zack kata lain kali jelah balik datang jumpa sini. Sempat Zack buat vedio Call lepas majlis tu. Mummy Zack siap dare Zack dapatkan cucu tuk dia sebelum dia balik lagi yang Karin dekat sebelah dah malu tak tahu nak respon apa.

Diorang buat yang wajib je nikah dekat masjid, kenduri kawin lain² takde.Orang yang dijemput pun ahli keluarga masing² je. Boleh kira tak sampai 10 orang pun datang. Diorang dah setuju tak nak buat lebih² biasa pun dah okay asalkan dah halal.

Zack bawa Karin ke rumahnya lepas dah singgah sekejap dekat rumah makcik Karin untuk ambik barang² dia. Keluar je dari kereta Karin memandang rumah di depannya bagaikan sebuah istana. Besar dia mungkin 10 kali ganda dari officenya. Karin gampir ternganga tapi sempat di tutup mulutnya.

"Jom lah masuk takkan nak tidur luar?" Kata Zack sambil menekan button kunci untuk menutup pagar rumah.

"Are sure this is your house? Kita tak salah rumah kan" tanya Karin

"I tak gila lagi nak masuk rumah orang lain sesuka hati. Jom lah"

"Then you duduk sorang?"

"Ye sayang" Kata Zack sebelum tarik tangan Karin bawa dia masuk.

Masuk je rumah terus bibik² Zack menyambutnya di depan pintu. Luggage Karin yang di bawanya diambil oleh salah seorang bibiknya. Zack mengarahkan seorang bibiknya menunjukkan Karin ke bilik.

"Ni ye bilik Pn. Karin kalau apa² bagitahu je okay" Kata bibik itu mesra

"Panggil je Karin tak perlulah berpuan-puan"

Bibik itu tersenyum mengangguk sebelum terus pergi dari situ. Buka sahaja pintu bilik boleh agak dah kebesaran bilik ni macam mana. Karin masuk dengan serba-salah pun ada sebab tak pernah dia nampak bilik sebesar ni.

Mamat ni nak buat apa bilik besar² ni tidur seorang jugak (karin)

Karin membersihkan mukanya menggunakan make up remover sebelum dia pergi mandi. Dah lama dia nak bukak baju ni tak selesa dia tu lain macam. Selesai mandi Karin keluar dengan berkemban lupa pula dia nak bawa baju sekali masuk. Tah macam mana boleh lupa dia pun tak tahu.

Baru dia nak melangkah keluar dia nampak Zack dah terbaring atas katil bermain telefon. Mereka bertentangan mata seketika sebelum gelabah Karin masuk ke bilik air semula. Tersenyum nakal Zack nampak Karin berkemban tadi.

"Apa awak buat dekat sini!" Karin kuatkan sedikit suara dia bercakap dari dalam bilik air.

"Bilik saya ikut suka hati sayalah"

Haishhh! Dia ni kan! (Karin)

"Keluar jelah, sampai bila nak duduk dalam tu nanti saya nampak juga" Kata Zack sengaja dia usik Karin.

"Keluar lah kejap saya nak ambik baju tu.. tolonglah kejappp jee" Rayu Karin. Zack tidak membalas tapi dari dalam Karin dengar pintu bilik ni ditutup.

Diam je, dah keluar kot

Karin menjenguk keluar tiada kelibat Zack disitu terus dia keluar dengan tenangnya tapi baru je dia nak ambik baju pintu bilik di buka terus dia kaku melihat Zack yang masuk dengan selambanya.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now