{18}

143 10 0
                                    

"Ke orang ni di upah sebab tu aku tak ingat rupa dia and muka dia tak nampak familiar langsung" Kata Zack

"Maybe" sokong Zariel

"No, I don't think so. Kau tahu kan orang yang buat ni bijak mesti dia akan pilih orang yang betul² pandai simpan rahsia sebab kalau ada yang pecah mulut habis lah dia nanti. Boleh hilang semua benda" Kata Naim

"Benda dia buat ni boleh buat dia melingkup dalam penjara seumur hidup " Kata Naim lagi

"Betul gak" sokong Zariel

Memang tu jelah kerja Zariel dari tadi sokong jawapan orang, memang tu je function dia datang bincang kat cafe ni.

Ehh mana ada, dah jawapan diorang tu masuk akal, aku agree jelah (Zariel)

"So kita nak buat apa sekarang?" Tanya Zariel

"Cari orang tu" balas Naim

"Macam mana?" Kata Zariel lagi.

Semua mati kata mendengar soalan yang baru keluar dari mulut Zariel. Ye, memang diorang boleh cari tapi dengan cara apa, itu mereka kene fikir dengan sebaik mungkin agar apa yang diorang buat taklah sia² dan bazirkan masa sahaja.

"I have an idea" Zack bersuara setelah lama mereka berdiam.

[Karin POV]

Kereta aku parking di depan hospital sebelum keluar untuk berjumpa Zariel. Aku rasa harini last treatment di tempat Zariel, memandangkan aku pun dah hampir pulih dari ingatan lamaku. Cuma aku tak tahulah apa rancangan Zack yang seterusnya. Disebabkan Zack tak nak aku masuk campur sebab katanya bahaya jadi untuk menjadi seorang isteri yang mithali aku ikutkan walaupun hati ni kuat mengatakan nak tolong sekali. Hmmm

"Eh pn. Karin" tegur salah seorang nurse di sini membuatkan langkahku terhenti. Aku kenal nurse tu, aku membalas tegurannya dengan senyuman.

"Hai" Kataku sambil membalas tegurannya dengan senyuman.

"Nak jumpa doktor Zariel ye? Dia tak ada sekarang baru keluar tadi"

"Ouh yeke, agak² dia balik bila?"

"Tak sure lah, dia tak bagitahu pula"

"Okay kalau macam tu nanti kalau dia dah balik bagitahu saya ye, call ke, takpun bagitahu dia saya datang sini. Saya nak tahu last appointment saya bila"

"Boleh² nanti saya pesankan"

"Thank you"

"You're welcome"

Mukaku langsung tidak lekang dari senyuman sebelum bergerak keluar dari hospital ini semula. Langkahku terhenti bila nampak Zariel yang dah berdiri di sebelah keretaku. Aku pandangnya agak pelik yelah tadi nurse kata dia keluar cepat betul balik.

"Eh Zariel? Bukan you keluar ke?"

Aku berjalan mendekati dia kerana jarak kami agak jauh ketika ini. Baru aku perasan dia nampak lain harini, bukan apa gaya dia agak tidak formal dari biasa, dia mengenakan hoodie hitam dengan topi hitam di kepala berbeza dengan Zariel yang biasa mengenakan kemeja dengan rambut yang kemas di kepala. Nampaklah yang dia baru keluar ke mamat ni ambik cuti harini?

"Aah dah balik" jawabnya sepatah

"Ouhh"

Dia tengah bad mood ke? Hmm

"Ka (kau) emm you nak pergi mana?" Tanya Zariel

"Nak baliklah. Ni you pakai baju ni tak kerja ke?"

"Tak"

"Tak?"

"Mm"

"Ouh, I nak tanya bila last appointment I sebab lepas.."

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now