{26}

163 8 0
                                    

Aku tersedar, lampu dari atas siling memancar ke arahku membuatkan mata aku mengecil. Badanku terasa sakit tapi perut yang aku rasa sakit tadi dah hilang. Aku mimpi rupanya, mimpi yang sangat buruk.

Aku melihat sekeliling bilik ini, tah berapa lama aku terbaring di sini. Air mata menitik sedikit baru aku nak lap, aku perasan yang Zack sedang tidur dengan keadaan dia duduk sambil kepala di lentok ke atas katil. Tangan kananku dipegangnya erat. Melihat dia yang sedang lena tidur membuatkan aku tenang dan perasan takut, sedih yang aku rasa dalam mimpi tadi terus hilang.

Dia bergerak sedikit sebelum mata sepetnya itu terbuka luas memandang aku. Terus segar dia melihat aku yang sedang memandang dia.

"Karin, awak.. awak dah bangun" Zack bangun melihat aku lebih dekat. Aku senyum melihat dia

"Sorry buat awak terbangun" Kataku

"No you're not, wait"

"Doktor!"

Zack terus memanggil doktor untuk datang check aku. Aku biarkan je dia yang nampak sangat excited sekarang. Beberapa minit doktor check keadaanku dan menanyakan beberapa soalan sebelum beralih pada Zack.

"Alhamdulillah, keadaan Pn Karin semakin pulih sekarang tapi perlu sentiasa di tengok-tengokkan ye sebab Pn Karin baru sedar dari koma jadi badannya masih lemah"

Aku koma? Jadi betullah apa yang Zack bagitahu aku dalam mimpi tu. Berapa lama? Teruk ke?

"Baik doktor" Zack tersenyum manis.

"Saya pergi dulu ye" doktor perempuan itu terus bergerak keluar dari bilik ini sebelum Zack memandang aku. Aku cuba untuk duduk tapi dia cepat² bergerak ke arahku.

"Eh nak buat apa ni?" Tanya dia risau

"Duduk"

"Awak tu lemah lagi mana boleh"

"Sakitlah tengkuk ni baring. Bolehlah, please"

Zack pandang aku sebelum tersenyum. Dia akur dan terus membantu aku untuk duduk. Katil dibetulkan agar aku selesa untuk bersandar sambil duduk.

Kemudian, dia mengambil air suam sebelum diberikan padaku, tanpa tanya apa² aku ambil dan meneguk air itu sebelum meletakkan semula cawan itu atas almari kecil yang dijadikan meja bersebelahan katil. Mata Zack masih tak lari dari melihat aku. Sesuatu terlintas di benak fikiranku tapi hasrat untuk meluahkannya terbantut bila satu pelukkan hangat daripada Zack diberikan. Aku senyum, aku tahu mesti banyak benda yang dia rasa, pendam, semasa aku dalam koma.

"I miss you so much, lama sayang tunggu baby. Thank you for coming back" Kata Zack

"I miss you too. You know what, Baby mimpi sayang tadi"

Kata² aku itu melepaskan pelukan kami, dia memegang kedua tapak tanganku dan memandang aku penuh tanda tanya tapi senyuman manis di pipinya masih tidak pudar. As you guys know, Zack ni kan jarang au senyum lama² tapi ni dia senyum sampai buat aku lagi semangat nak bercerita. Ahhh rindunya tengok senyuman dia ni. Dah depan² pun rindu jugak macam mana ni!! Hshshsh payah²

"Yeke? Mimpi apa?"

"Mimpi yang buat baby terjaga tapi sebelum baby bangun tu ada lori datang and baby tolak sayang sebelum baby kene langgar"

"Why you do that?" Zack agak kecewa bila dia tahu aku selamatkan dia sampai aku jadi mangsa kene langgar lori. Alah Zack ni mimpi je risau sangat.

"Hmm mungkin sebab nak suruh baby bangun"

Zack senyum sebelum mencium tanganku.

"Berapa lama baby terbaring dekat sini?" Tanya aku

"4 days"

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now