{24}

173 12 2
                                    

Zack POV:

Setelah Naim dan Mia dah hack semua CCTV dalam kilang ni aku dan Zariel masuk ke dalam. Walaupun CCTV dah di matikan kami still tidak boleh setenang yang disangka sebab aku tahu pasti akan ada yang perasan jadi kami buat kerja dengan cepat. Kilang ini tak seperti kilang biasa suasananya agak sunyi mungkin hanya kilang penyimpanan barangan haram yang mereka jual sahaja.

Menurut Zariel ini adalah kilang ubat-ubatan haram yang diseludup masuk dan menurut penyiasatan Naim kilang ini tidak diketahui ramai kerana banyak orang² berkuasa atau ternama yang turut serta dalam pengeluaran benda haram ni. Apa function ubat-ubatan ini dibuat adalah untuk membuat experiment yang aku tak pasti untuk apa tapi aku boleh kata untuk menghancurkan hidup manusia. Hmm manusia, walaupun dah ada semua benda tetap tak puas. Akhir Zaman...

Jauh perjalanan kami menyelinap masuk sebelum terjumpa Zafran yang dah lama tunggu di  dalam kilang.

"Kau yakin ke tu dia" Kata aku menahan lengan Zariel, dia baru nak pergi ke Zafran kembarnya itu.

"Ye, jangan risau"

Suatu jeritan seperti pergaduhan sedang berlaku membingitkan suasana sunyi di kilang ini tiba². Suara itu tidak jauh dari tempat kami berdiri sekarang apalagi suara tu agak bergema jadi lagi jelas untuk didengari. Entah kenapa hati aku kuat mengatakan Karin ada dekat situ. Aku berpandangan dengan Zariel.

"Sekarang ni kau pergi cari Karin, aku akan ikut Zafran"

"Bahaya bodoh, kau tahu kan dia macam mana"

"Dia kembar aku and aku percaya dia tak akan apa² kan aku don't worry. Sekarang ni Karin lagi penting kau pergi dulu nanti aku datang" Kata Zariel sebelum memberikan aku pistol elektrik yang diberi Naim padaku sebelum dia pergi mengikut Zariel secara senyap². Aku terus bergerak ke arah suara itu dan tidak jauh dari situ aku nampak seorang perempuan, aku melihat dengan lebih dekat dan aku nampak Karin yang dipegang oleh seorang lelaki dan dicekik oleh seorang perempuan, aku kenal perempuan tu.

Tanpa berfikir panjang, bercampur dengan perasaan bengang aku terus melulu ke arah mereka. Aku mengenggam tangan perempuan itu kuat dan menolak dia ke dinding. Meraung kesakitan dia dibuatnya. Kemudian, lelaki yang memegang Karin itu terus melulu ke arah aku. Aku menumbuknya bertubi-tubi sambil melepaskan perasaan marah tapi belum sempat aku nak bernafas seorang lagi lelaki datang kalini badannya agak tegap menumbuk mukaku. Habis luka bibirku dibuatnya tapi itu bukan penghalang untuk aku terus mengalah. Aku menghiraukan kesakitan itu sebelum membalasnya dengan satu tumbukan maut padanya. Aku tumbuk dengan sepenuh kudratku sehingga dia jatuh ke lantai. Pistol yang jatuh ke lantai semasa aku tumbuk lelaki ini tadi aku ambil sebelum tuju pada dia dengan marah aku menarik kunci pistol dan menghalakan padanya.

*Bam*

Malangnya tembakan itu tidak terkena pada lelaki itu, tanganku di tolak naim dan tembakan itu tersasar pada tingkap kaca yang berada tidak jauh dari tempat kami berdiri sekarang. Aku tersedar dari emosiku sebelum memandang Naim yang dah memandang aku risau.

"Kau gila ke! Kau nak melingkup dalam penjara ke. Kau tengok kau guna pistol apa ni"

Aku melihat pistol di tangan, ni bukan pistol elektrik aku baru perasan ni pistol betul. Aku terlalu emosi sehingga aku ambil je apa² yang aku nampak untuk dijadikan senjata. Ikutkan aku nak bunuh lelaki ni kalau tak kene halang dengan Naim tadi.

Aku melihat Karin yang dah rebah ke lantai sebelum terus bergerak ke arah dia. Mukanya kusam dan ada kesan lebam di pipi, habis teruk dia dikerjakan mereka dan badannya semakin susut mungkin sebab tak makan. Hatiku sakit dan aku sangat lemah tengok dia macam tu. Aku meletakkan kepalanya di atas ribaku sebelum mencium dahinya melepaskan rindu yang dah lama aku tunggu.

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now