{14}

205 12 4
                                    

Zack POV:

Jariku bermain-main di meja sehingga mengeluarkan bunyi, fikiran tah ke mana kerja tah ke mana. Disebabkan gaduh dengan Karin semua tak jalan dah fikir pasal dia je sekarang lepastu elok pula dia tak makan lunch tadi lagi buat aku risau.

Lama aku termenung tiba² pintu bilikku diketuk beberapa kali sebelum Naim masuk ke dalam. Pelik juga aku kenapa dia datang. Dia tutup pintu sebelum duduk di kerusi depan mejaku ini. Keningku automatik terangkat pelik dengan dia yang datang tiba² tanpa disuruh mana pernah dia buat macam ni melainkan nak minta gaji tapi gaji dia aku dah bagi seminggu lepas takkan nak minta lagi. (memang mamat ni bapak dah kaya pun minta duit kat aku juga)

Tak pe duit kau duit gaji aku so automatik jadi duit aku, tak nak lah dah besar pun minta duit bapak lagi an huhu (Naim)

"Nah benda yang kau mintak tu" Kata Naim sebelum meletakkan sampul surat coklat di atas meja

Aku pandang sampul surat coklat bersaiz A4 yang diberikan Naim sebelum mengambilnya. Sampul itu dibuka sebelum melihat isi dalamnya.

"Ni pasal doktor tu, semalam lagi aku nak bagi tapi hmm cam tulah" Kata Naim

Faham dah, semalam kan aku keluar office tiba² waktu dia datang sebab kes Karin so tak sempatlah dia nak bagi.

"Okay"

Aku masukkan semula kertas A4 yang terisi maklumat doktor tu di dalam sampul surat sebelum aku letakkan di atas meja. Rasa tidak berminat pula nak baca sekarang faham² jelah sebab apa. Fail projek yang terletak atas meja aku buka buat² busy buat kerja takdelah mamat ni tanya macam² nanti padahal fail ni minta tandatangan aku je sebenarnya.

"Fail tu minta sign kau je tak payahlah nak baca lama² sangat" Kata Naim

Aduu kantoi pula obvious sangat ke aku haishh. Aku berdehem sebelum mengambil pen, tandatangan diberi pada ruang yang tersedia di kertas dalam fail ni sebelum menutupnya semula.

"Kau nak apa?" Tanya aku

"Kau tak habis lagi ke gaduh dengan Karin"

"Hmm"

"Bukan salah dia pun"

Mendengar kata² tu terus aku pandang Naim tajam sempat dia telan air liur berat.

"Betullah, aku dah tanya Zariel dia kata masa tu Karin hampir kene langgar Zariel tarik lengan Karin tapi tak sangka pulak terpeluk"

"Cuma yang dia pelik macam mana boleh ada gambar and gambar tu disend kat kau. Nampak tak semua ni dirancang" sambung Naim siap buat riak muka tak puas hati lagi

Ye aku tahu semua ni dirancang dari gambar tu di hantar dekat aku lagi tapi aku still tak puas hati sebab yang Karin peluk tu Zariel aku tak boleh betullah. Tak kesahlah sebab apa pun tapi aku still tak boleh move on apalagi bila dia keluar tah ke mana aku pun tak tahu tanpa pengetahuan aku. Keluar dengan mamat tu pula fuhh geram ni.

"Kau jumpa Zariel lah semalam" Tanya aku. Malas nak dengar bebel Naim pasal kejadian yang dah lepas tu, aku pun dah termarah Karin dah tak boleh nak patah balik dah.

"Hah? aaaaa lebih kuranglah" anak mata Naim dah beralih dari memandang aku siap muncung sikit lagi bibir dia buat muka tak bersalah

"Kau ke bagitahu semua benda pasal aku dekat dia"

"Eh mana ada"

"Tak payah tipulah, Kau je yang tahu semua ni"

"Alah kau ni kita cousin kot sama datuk kot hah bukannya aku bagitahu dekat stranger pun pasal kau"

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now