{27}

155 9 0
                                    

Zariel POV:

Harini aku melawat Karin lepas dua hari dia dikhabarkan dah bangun dari koma. Disebabkan harini je baru aku free dan berkesempatan nak datang sini, tambahan pula Zack suruh jaga kejap Karin sebab dia tak ada dekat sini. Katanya ada kerja dekat office dan Naim pula semestinya ikut Zack.

Karin ajak aku pergi taman yang terletak di hospital ini disebabkan dia bosan sangat duduk dalam bilik, nak melihat dunia katanya. Kami berhenti dan duduk di bangku yang tersedia di taman ini sambil melihat pemandangan di sini. Suasananya agak tenang disebabkan tak ramai orang.

"You okay?" Karin memulakan perbualan dan aku faham sangat maksud dia tu.

"Okay je"

"Emm, I'm sorry about my twins, Zafran. I harap you tak simpan dendam or benci dekat dia" Kata aku sebelum memandang dia.

"Eh mana ada, tak langsung. You know what, dia lah yang banyak tolong I time dekat tempat tu and I really grateful dia ada kalau tak mungkin I tak hidup dah sekarang. Kalau you nak tahu, dialah yang bagi I makan selama I kat situ kalau tak mungkin mati kebulur dah"

Aku tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Karin. Aku tahu Zafran memang baik, alters dia juga dan aku percaya diorang buat semua tu untuk protect Zafran je.

"I tahu dia kembar you sebab dia bagitahu and I tahu dia baik, dia buat semua ni pun bukan sebab dia nak kan apalagi dia sakit, I faham sangat" Kata Karin lagi

Aku membalas kata² Karin itu dengan senyuman. Aku bersyukur Karin tak simpan perasaan itu pada Zafran, aku tak nak ada orang benci dia apalagi dia dah tiada di muka bumi ini.

"You nak tahu something tak, masa I kene tangkap and dapat tahu Zafran tu kembar you. Benda tu buatkan I lagi bersyukur, atleast bukan you yang curi I and tak buat kerja² jahat tu. I takut sangat you akan apa² Zack nanti"

"Heh" aku tergelak kecil

"Impossible, susah untuk Zack tu di apa-apa kan" perli aku

"Betul gak" Balas Karin tergelak kecil.

"Zafran pernah bagitahu I masa dekat tempat tu, Eh bukan Zafran tapi Khai.."

Mata yang memandang ke buaian di taman ini terus memandang Karin. Aku menunggu ayat yang ingin dia sambung.

Karin POV:

Khai datang lagi untuk memberi aku makanan. Aku hanya beralaskan makanan yang dia beri ni sahaja kalau tak mungkin aku tak dapat bertahan lagi. Dia seperti biasa masih membebel kerana diorang tak bagi aku makan. Aku tak tahu kenapa dia terlalu baik macam ni pada aku sedangkan dia yang mencuriku.

"Bukak mulut" Kata dia agak tegas. Aku menerima suapannya itu.

"Kenapa kau baik sangat dengan aku?"

"Baik ke macam ni" Dia tergelak sebelum memberi senyuman sinis.

" kenapa kau tak layan aku macam diorang layan aku, aku bukan mintak cuma aku pelik"

"Aku tak nak Zafran kecewa dengan apa kitaorang buat ni. Aku tak nak orang salahkan dia and benci dia"

Aku masih pening dengan apa yang dia kata tapi aku diam dan terus mendengar sebab aku takut kalau banyak tanya lain pula jadi pada aku nanti.

"Dia banyak terasa,pendam dan menderita sebab orang sekeliling yang selalu bandingkan dia dengan kembar dia tu terutama parents dia. Aku marah ye sangat marah dan aku muncul untuk comfort dia kasi dia ego sikit, balas balik tapi dia memilih untuk diam. Dia kata dia tak nak kecewakan kembar dia. Aku tak tahu macam mana dia boleh sayang sangat dengan kembar dia tu, padahal aku rasa lelaki tu punca Zafran dipinggirkan"

Unexpected Husband☘️Where stories live. Discover now