End of season one -31

584 97 12
                                    

vroooooommm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

vroooooommm....

Yeosang yang duduk di tempat penumpang, memandang ke luar tingkap kereta, kali ini Wooyoung yang memandu kereta rondaan polis.

Tanpa apa-apa sebab, Yeosang teringatkan Hwari dan San, perasaan bercampur baur kembali memenuhi hatinya. Entah mengapa dia rasa tak sedap hati.

"Hey Yeosang, kita nak buat rondaan kat perumahan tu ke?" Wooyoung bersuara, beberapa ratus meter lagi sebelum mereka sampai ke simpang yang memasuki perumahan San dan Hwari.

Yeosang terjaga dari lamunannya, dia menoleh ke depan dan memandang simpang perumahan tersebut.

Secebis memori semasa dia berjogging di sana muncul kembali, memori dimana ada beg plastik hitam dan dua orang lelaki. Bila difikirkan balik, agak mencurigakan.

"Ya, memang nak buat rondaan kat kawasan tu juga." Yeosang menjawab dengan nada mendatar.

"Baik boss." dengan segera Wooyoung memusingkan stereng, tayar kereta turut berpusing dan mereka memasuki persimpangan perumahan tersebut.

Rumah selepas rumah, perumahan ni memang senyap, namun menenangkan jika ingin mengambil udara segar di luar, memandangkan perumahan tak terkenal tetapi ramai yang refer perumahan ini sebagai tempat penduduk yang suka menanam pokok.

Mungkin sebab cam hutan kot dari jauh, perumahan ni tak terkenal, jk jk.

Pokok yang tinggi menghijau kelihatan dari belakang dan depan rumah penduduk, ada tumbuhan yang menjalar di pagar pintu dan juga tembok, bunga-bunga juga ada yang mekar pada masa ini. Pokok yang berbuah juga ada. Pokok limau pun ada.

Kemudian, sebuah rumah menarik perhatian Yeosang, begitu juga dengan Wooyoung.

"Yaa, stop the car." Yeosang berkata.

Wooyoung segera parkir kan kereta di tepi jalan.

Mereka berhenti di hadapan sebuah rumah.

Rumah dengan tembok batu yang tinggi dan pokok limau kelihatan.

"This house... Isn't it weird?" Yeosang menunding jari ke arah rumah yang berada di sebelah kanan mereka kerana mereka memarkirkan kereta di sebelah kiri jalan raya.

Wooyoung memandang ke luar tingkap Yeosang.

Dia menyilangkan tangannya di atas stereng lalu merehatkan kepalanya di atas lengan, "Maybe, I remember during one of my patrol with Changbin that I kinda hear some shouting? I don't really know if it just my imagination or something else."

"shouting huh?" Yeosang berfikir sejenak.

"Do you wanna check that house out?" Wooyoung senyum, dia berkata dengan nada menyakat, dia tahu mereka tak boleh sesuka hati masuk rumah orang tanpa waran.

"Can I do that? Will you cover for me?" Yeosang segera memandang Wooyoung.

Tiada kereta mahupun sesuatu yang menandakan seseorang berada di rumah tersebut.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now