1

2.8K 181 109
                                    

"Geonbaehaja like a thunder"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Geonbaehaja like a thunder"

Aku menyanyi lagu kegemaranku, Answer by Ateez. Aku faham lirik lagu tu tapi masalahnya dorang tak bagi jawapan, bagi soalan adalah, anyways, aku tengah berjogging jam 3:15 pagi. Lampu jalan terang menyala memberikan guide kepada aku.

Jalan di kejiranan ni sunyi dan sepi, kadang kadang ada juga anjing menyalak dan kucing meliar tapi tu tak menakutkan aku, yang aku takutkan ialah abang dan kakak peronda yang tengah meronda sekitar bandar ini time kuarantin.

Ya aku tahu, tapi aku berpendapat yang lebih senang keluar malam sebab takde orang nampak hoho.

Setelah lagu Answer dan Precious habis, aku berhenti sebentar di hadapan simpang tiga, uish ada kereta polis, nak lari balik rumah aku tuu jauh lagi, sebab aku jogging guna jalan jauh.

Aku toleh kiri, kanan, belakang, depan nak cari tempat untuk bersembunyi, tepi aku ada tong sampah besar tapi hish takkanlah aku nak masuk situ, belakang tong sampah pula tembok batu rumah orang, kiri aku pula ada pagar besi yang tajam rumah orang, depan aku kereta polis, belakang aku pula jalan raya, haishh aku garu kepala aku.

Kemudian ada seekor kucing hitam memanjat bahu aku. Terkejut bod* , aku fikir hantu tadi.

Walaupun terkejut, aku melihat yang kucing hitam itu memanjat ke atas tembok batu dengan bantuan daripada loncatan bahu aku.

Aku memandang ke atas, ke arah mata kucing itu, ia berwarna kuning, bersinar terang. Kemudian kucing tersebut turun ke sebelah lain tembok itu.

Dan aku dapat idea.

Tak salah kan ceroboh masuk kawasan orang kalau nak selamatkan diri?

Hehe, aku memanjat tong sampah itu sepantas kilat dan terus menggunakan kekuatan tangan aku yang tak seberapa kuat untuk panjat tembok batu itu.

****

"Goyangii~" Seseorang memanggil kucing hitam itu di belakang rumahnya. Dia tak memasang lampu dan hanya sekadar memakai hoodie sahaja.

*Goyangi=kucing

Rumahnya gelap gelita, namun dia tetap boleh meletakkan susu dan makanan kucing di dalam mangkuk makanan kucing.

*Thump! Kemudian, satu bunyi hempapan di atas semak kedengaran.

Dengan segera lelaki berhoodie yang tengah mencangkung memberikan makanan kepada kucing itu menolehkan kepalanya sambil "*gasp*" .

Dia berdiri dan berlari ke bahagian depan rumahnya dan mendekati tingkap.

Perlahan-lahan dia selak langsirnya, dia melihat ke luar.

Ada seorang gadis yang tengah terbongkok-bongkok mengusap bontot sambil berjalan ke arah pintu yang mempunyai pagar kecil di atasnya.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now