34

490 88 53
                                    

"You've won, the practice round." San menaikkan bucu mulutnya, menunjukkan senyuman sinister. Dia mengekek.

Dahi Kiyoon yang basah dek peluh sejuk membuatkan rambutnya seperti basah dan melekat ke dahi. Kiyoon mengerutkan dahi, perasaan amarah kerana sangkakan yang dia telah menang menyelubungi diri kerana ditipu bahawa pusingan tadi hanyalah practice round.

Tangan kanan Hwari jatuh dari lengan kerusi, tergantung. Dia rasa lega buat waktu itu.

"Practice round?! You liar!" Kiyoon dapat menggerakkan sedikit 

"I didn't lie, I never said that this round is practice round. I just wanna let you both warmed up first before the real game begins." 

Bunyi klang klang klang kembali, sepertinya San mengangkat dulang besi untuk practice round itu dan menghumbannya ke lantai simen untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Menakutkan Hwari dan Kiyoon yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Kemudian San mengambil dulang lain yang juga berisi kiub makanan yang kelihatan... pelik. San meletakkan dulang tersebut ke atas troli besi itu, senyuman di wajah San seperti bangga dengan apa yang dia sediakan, San tidak sabar.

"Well, miss Hwari will go first!" San menepuk tangannya. Tersengih. Rasanya mood dia dah baik.

Hwari menggenggam kedua tapak tangannya, degupan jantung yang pantas membuatkan kepalanya sakit, tekanan darahnya juga rendah disebabkan dikurung disini.

Hwari membuka mulut, "2."

"Aight." San mengambil kiub makanan nombor dua, menyentuh kedua pipi Hwari dengan tangan sebelahnya agar kepala Hwari tidak bergerak dan membuatkan mulut Hwari terbuka, lalu San meletakkan kiub makanan itu kedalam mulut Hwari.

Hwari menutup mulutnya dengan perasaan takut, dia menggunakan lidahnya untuk merasa apa benda yang San letak dalam mulut dia. Setelah merasa sekali kiub makanan itu, Hwari menaikkan keningnya, dia kenal perisa ini. Kiub makanan itu banyak airnya apabila dihisap dan cair di mulut, warna makanan itu muncul di minda Hwari, ianya merah dan sedap dimakan ketika musim panas. 

"Jambu air! "

San melihat Hwari sambil tersenyum, matanya jelas dipenuhi dengan rasa bangga.

"That is correct." San pat pat kepala Hwari.

"It's your turn Chef Jang." 

San masih berada di sisi Hwari, tidak berganjak tangannya daripada kepala Hwari.

"18." Kata Kiyoon, memilih kiub makanan untuk dirinya.

San tersengih. "Hehehe."

Kemudian, terasa seperti San menggerakkan jarinya di belakang kepala Hwari, San menarik sesuatu dan segalanya kelihatan terang bagi Hwari.

Hwari mengerutkan keningnya, masih lagi tidak membuka mata kerana silau.

Selepas beberapa saat, Hwari membuka matanya, wajah San berada betul dihadapannya. Kening Hwari dikerutkan ke atas kerana terkejut, wajahnya merah buat seketika.

Perkara pertama yang Hwari lihat selepas 4 hari dalam kegelapan ialah wajah San yang tersenyum, senyum hanya ke arahnya. Mereka berdua bertentangan mata.

Bucu mulut Hwari ternaik sedikit, masih takut akan apa yang akan terjadi. Kemudian, perkara yang berada di belakang kepala San itu menarik perhatiannya, Hwari menggerakkan anak matanya ke kiri.

"I want you to see the rest of this game." San berkata dengan senyuman sinister terukir di wajah.

Ianya chef Jang Kiyoon, Hwari memandang ke bawah untuk melihat troli besi yang berada di antara mereka itu, dan mata Hwari membulat besar.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now