Extras: *Detective* Kang Yeo Sang

376 54 16
                                    

Aku mengejar lelaki itu, sudah menjadi matlamat hidup aku untuk tangkap dia.

Aku berjaya menangkap dia.

Dia berada di tangan aku, pembunuh muda yang membunuh satu-satunya ahli keluarga yang aku ada. Adik lelaki aku yang baru berusia 13 tahun, kalau bukan sebab lelaki keji ini, dia mungkin sudah berumur 19 tahun sekarang.

Aku tengah mengejar dia selepas dia cederakan orang yang hampir menjadi mangsa ke-16. Sesaat tangan aku menyentuh dia, amarah mula mengambil alih minda aku, kesedihan dan kekecewaan dan juga kehibaan.

Tanpa aku sedar, siren polis berkumandang dan lampu merah-biru menerangi lorong gelap dan kotor ini.

Mereka semua menyuluhkan cahaya ke arah aku yang mengangkat tangan yang menggenggam batu, dalam posisi seperti ingin menghentakkan batu itu kepada pembunuh bersiri ini. Namun batu itu sudah menitiskan darah, darah milik pembunuh itu sendiri.

Pada saat itu, aku bebas daripada kawalan emosi yang sudah lama terpendam. 

Aku...

Rasa lega.

Kekangan yang menjadi penjara hidup aku dan juga pemangkin kepada semua perkara ini mula pudar satu persatu.

'Kang Yeonghun, aku berjaya balas dendam.' 

Aku mengukir senyuman, nafas terhembus sedikit dan menghasilkan asap putih. Malam yang sejuk menusuk kulit aku.

"Detektif Kang Yeosang, letakkan senjata dan angkat tangan kau!" 

Aku menoleh kebelakang dan lihat sepasang mata yang sungguh aku kenal, rakan sekerja aku Donggu. Senior Donggu yang keras kepala namun mempunyai hati yang lembut, aku boleh nampak dari matanya yang dia tidak mahu acukan pistol itu ke arah aku.

Aku mengangkat tangan ke udara setelah yakin dia mati, ingin aku ludah ke wajah dia itu.

"Ughh....." orang yang aku anggap dah mati, mengerang sakit.

?!

Dia masih hidup.

Aku menurunkan tangan, kembali merangkak ke atas lantai dan mengambil batu tadi kemudian menghentakkan buat kali terakhir ke atas kepalanya.

Bang!

Satu das tembakan dilepaskan.

Tetapi bukan kepada aku, ianya dilepaskan ke udara.

Dengan segera aku dikerumuni oleh pegawai polis yang cuba menghalang aku daripada membunuh pembunuh itu.

Tolonglah mati!

Kalau kau hidup, aku akan jadi gila sebab mereka semua tak akan percayakan aku kerana kau adalah suspek yang tidak mempunyai banyak bukti menuju kepada kesalahan kau!

Aku bergelut sedikit dan melawan polis-polis itu.

Akhirnya, aku di tahan ke tanah. Pipi aku bergeser dengan lantai simen berpasir dan kasar. Batu tersebut terlepas dari tangan aku.

Wajah pembunuh itu, sempat dia tersenyum.

Atau adakah itu halusinasi aku?

Aku bertambah marah dan kecewa, tapi sukar untuk aku menentang kekuatan 4 pegawai polis dan Donggu yang tengah menggari tangan aku dibelakang.



________________



"Lepaskan aku lah!"

Bunyi jeritan Yeosang kedengaran, dia diheret masuk oleh dua pegawai polis lain dari setiap sisi memegang lengan dia sambil dia cuba menentang untuk melepaskan diri. Agak hampir tak terdaya dua pegawai polis itu.

[C] Stockholm + San ATEEZNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ