Alternate Ending: Deleted scene #1

403 59 27
                                    



Short talk!

Hii! Disebabkan Stockholm dah officially complete, saya nak tanya kalau ada yang nak lihat nota untuk Stockholm ^_^

Dia akan jadi special chapter, saya akan tunjukkan awak semua nota dan scene yang jadi masuk di dalam ff dan tidak jadi masuk, beserta ending-ending yang saya fikirkan, ooo mungkin saya akan cuba buat alternate ending chapter dari certain point, explanation kalau ada saya rasa saya tulis..? 


edit: its 5/11/2021, I wrote *points above paragraph* that on idk what date in october tapi macam pertengahan bulan.



Alternate ending #1 in which, San lives.

We're going to go through this in one chapter okay? 


Tap

Tap

Tap

Tap

Seonghwa melihat alamat di mana signal telefon Wanwan terakhir dijejaki.

Kini dia berada di luar rumah San dan Hwari.

Mengapa... Signal telefon Wanwan terakhir di jejaki berada di sini?

Di rumah di mana Hwari dan teman lelakinya tinggal?

Tanpa sebab, Seonghwa teringatkan nota Hwari yang dia tinggalkan untuk meminta tolong.

Seonghwa masih dalam usaha untuk membantu Hwari secara senyap namun pertemuan mereka sejak sekian lama dahulu membuatkan Seonghwa rasa dia patut putus asa dan pada masa yang sama, dia tidak mahu hilang harapan.

Mungkin ini, adalah peluang yang terakhir sebelum Hwari benar-benar akan hilang sepenuhnya daripada hidup dia.

"I can't, not now." Hwari berkata begini semasa mereka berdua bertemu buat kali pertama di pasar raya sebelum ini selepas bertahun-tahun.

Kata-kata Hwari bermain difikiran, jika Hwari maksudkan saat itu tidak sesuai, adakah sekarang, kali ini menjadi berbeza? Adakah sekarang keadaan akan kembali seperti biasa?

Sebab utama Seonghwa pergi belajar ke luar negara tanpa beritahu Hwari ialah...

Dia ingin melindungi Hwari dengan cara dia tersendiri, gadis yang terasa seperti ahli keluarganya walaupun tiada pertalian darah. Namun Seonghwa tidak tahu yang keadaan akan berubah arus.

Moon Hwari, seseorang yang penting bagi ramai orang tanpa dia tahu.

Mingi, Seonghwa, Dayoon, Yeonseo, Jiyeon dan San. Dengan sebab yang berbeza masing-masing.

Seonghwa rasa tidak sedap hati, hatinya bertambah tidak tenang apabila terdapat dua buah kereta diparkirkan di luar rumah dalam keadaan yang tidak mematuhi undang-undang, seperti mereka tergesa-gesa hendak keluar dari kereta.

Seonghwa menyimpan telefonnya di poket belakang seluar lalu melangkah lebih dekat ke arah pintu masuk utama.

Dia mengetuk pintu.

"Hello? Is anyone home? I'm with the police. "

Namun tiada jawapan.

Sunyi.

Seonghwa menjauhkan badannya daripada pintu sambil mengerutkan kening.

Dia memegang tombol pintu dan cuba memulaskannya.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now