Dissaperance of Moon Hwari-26

529 88 35
                                    

"Jauh lagi ke nak rumah kamu?" Tanya pakcik driver teksi kepada penumpang lelaki di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jauh lagi ke nak rumah kamu?" Tanya pakcik driver teksi kepada penumpang lelaki di belakangnya.

Teksi hitam itu bergerak kehadapan dengan halaju yang mengikut peraturan jalan raya.

"Kamu kerja apa? Pakcik tak pernah nampak kamu sebelum ni sepanjang pakcik kerja pemandu teksi area sini." pakcik itu bertanya, kedengaran ikhlas nak tahu.

"Oh! Oh berhenti di sini pakcik, kita dah sampai, dah sampai!" Nada penumpang itu tinggi sedikit, bukan marah, takut terlepas rumah sendiri.

Teksi tersebut diparkir di tepi jalan, betul betul dihadapan rumah.

Penumpang itu keluar daripada teksi dan mengambil bagasinya daripada bonet teksi, bagasi berwarna biru royal menonjol diletakkan di atas jalan.

Penumpang itu bergerak ke tingkap pemandu dan memberikan sejumlah wang sebagai tambang. Pakcik tersebut senyum dan mengucapkan selamat tinggal dan agar penumang itu sentiasa sihat.

Setelah teksi itu hilang dari pandangan, penumpang itu menoleh ke arah rumahnya sambil memgang pemegang bagasinya.

Dia menghela nafas gemuruh.

"Moon Hwari, Park Seonghwa dah balik." Seonghwa yang baru balik dari luar negara, dengan harapan melihat muka orang yang dia anggap sebagai adik dan keluarga untuk meyambut kepulangan dia, memasuki rumah itu.



*****

"Yaaaa Yeosang-" Panggil Wooyoung kepada Yeosang. Yeosang tidak menoleh dan hanya memberikan respon menggunakan suara sahaja."Kau datang tak reunion skooool nantiii?"

Yeosang masih tidak menoleh, namun dia bercakap.

"Kalau kau pergi aku pergi." Jawab Yeosang ringkas sambil membaca laporan yang dibuatnya.

Namun satu perkara mengganggu mindanya pagi itu.

Kejadian bila dia tengah berjalan di kejiranan lama itu.

Seseorang memasukkan beg plastik sampah berwarna hitam di bonet kereta, dan ada seorang lagi yang tengah bercakap. Pada mulanya, perkara itu nampak biasa namun apabila difikirkan kembali, kenapa mereka letakkan beg plastik sampah di bonet kereta?

Bukan boleh buang terus ke?

Mungkin, bagi Yeosang ya kemungkinan dia untuk beg plastik itu mengandungi benda lain seperti beg, makanan ataupun barangan lain. Namun ada juga kemungkinan untuk beg plastik sampah berwarna hitam itu ada benda hidup disorokkan di dalam, seperti manusia.

Semua kemungkinan boleh difikirkan dengan melihat keadaan beg plastik itu. Bagi Yeosang, beg plastik itu nampak berat dan seperti tiada banyak bucu yang tajam. Jadi Yeosang tidak dapat untuk hilangkan rasa suspicious yang dia ada terhadap isi kandung beg itu.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now