38

419 85 35
                                    

"Wooyoung!" Yeosang berkata dengan nada yang cemas.

"Orang yang laporkan bukan San.."

Wooyoung memandang Yeosang sekilas dan mengangguk lalu mengambil kunci kereta peronda yang berada di atas mejanya yang dia belum simpan balik di pejabat ketua mereka.

Wooyoung berjalan dengan laju menuju ke pintu keluar, Yeosang pula melihat sekeliling di mejanya jika ada sesuatu yang dia perlu bawa, setelah itu Yeosang segera berlari keluar dengan fail kes di tangannya.

Mereka yang berada di stesen polis itu keliru dengan reaksi yang Yeosang dan Wooyoung berikan. Namun  ketua mereka tidak mengarahkan yang lain untuk menghentikan apa yang mereka lakukan.

Vroom vroommmm!

 Wooyoung memusingkan stereng. Mereka sampai dihadapan rumah San dan Wooyoung memarkirkannya di bahagian tepi kiri dinding tembok dan tanpa berlengah, mereka segera keluar daripada kereta dan memanjat tembok rumah San, tidak ingin membuka pintu pagar secara paksa kerana ia akan meng-alertkan San tentang kehadiran mereka.

"Macam mana kita nak masuk?" Wooyoung meamandang wajah Yeosang, mereka berdua duduk mencangkung dahulu sebelum masuk kedalam rumah.

Yeosang berfikir sekejap lalu teringat tentang kereta San.



*****

Yeosang pergi kembali ke luar dan mendekati kereta San dengan berhati-hati, kereta San mempunyai black box yang boleh merakam sesiapa sahaja yang melintas di hadapan.

Setelah pasti tiada sesiapa yang boleh tahu apa yang dia akan lakukan selepas ini, Yeosang dengan segera menendang kereta San berkali-kali dengan kuat.

Disebabkan itu, kereta San mengeluarkan bunyi siren yang kuat. Alarm kereta San dipasangkan.

Dengan itu Yeosang menunggu untuk San keluar supaya Wooyoung dapat memasuki ke dalam rumah secara senyap-senyap dan mencari Hwari sementara Yeosang menarik perhatian San.

Seperti yang dijangka...

San membuka pintu rumahnya, Wooyoung yang menyorok di satu sudut setelah memanjat tembok tadi nampak peluangnya untuk masuk ke dalam. Dia menunggu sehingga San keluar dari pintu pagar dan berlari masuk kedalam rumah.

Jantung Wooyoung berdegup dengan kencang, begitu juga Yeosang, berharap yang plan ini akan berjaya.

San menoleh ke belakang buat beberapa saat.

Lalu menoleh kembali kedepan.

Wooyoung menutup pintu dengan cepat lalu menyandarkan belakangnya, dia mengesot ke bawah kerana idea yang San menculik seseorang dihadapan matanya membuatkan dia loya. San yang dia kenal tidak mungkin akan buat perkara begini.

Setelah mencari nafas untuk melawan perasaan gementar, Wooyoung berdiri dan memukul pehanya.









Di luar;

"Ugh kenapa kereta ni? Kena langgar ke apa sampai alarm terpasang?" San mengeluarkan kunci kereta dari poket seluar dan menekan butang, dengan itu alarm kereta tertutup dan tidak berbunyi lagi.

San kemudian mengelilingi keretanya untuk mencari punca kepada yang menyebabkan keretanya bising.

"Ah macam mana ni?" Yeosang bersuara dengan nada kesal, keningnya dia kerutkan. Memulakan lakonan.

San terkejut ternampak Yeosang yang tengah mencangkung dan melihat sumber bunyi bising yang keretanya buat. Yeosang menyentuh bahagian yang kelihatan sedikit kemek daripada tendangan dia.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now