Extras: Yujin

406 50 48
                                    


EXTRAS: YUJIN

"Hah..hah..." 

Nafas aku terasa berat, seperti cuaca sejuk ini akan menukarkan wap nafas menjadi butiran ais kecil.

Aku tercungap-cungap, melarikan diri di dalam kegelapan.

Tapi itu hanya sebab aku tak mampu lihat apa dihadapan aku.

Dunia aku sudah menjadi... kabur dengan warna merah darah.

Aku pasti cecair yang mengalir dari mata aku ialah darah, lagipun keupayaan aku untuk melihat sudah... diambil oleh orang-orang itu.

Aku rasa sejuk, kaki aku tanpa kasut asyik memijak salji putih yang halus.

Badan aku tidak memakai pakaian yang sesuai, hanya sehelai gaun putih yang nipis di bulan januari.

Aku cuma berharap yang seseorang akan sayang aku seadanya namun yang sebaliknya berlaku, aku dijual ke rumah pelacur. Dipaksa melakukan semua aktiviti keji dan dikhayalkan dengan dadah supaya aku tidak sedar sehingga hari seterusnya menjelang.

Dan dengan cubaan melarikan diri ini, aku terpaksa membayarnya dengan mata, dan mereka juga kejam terhadap gadis-gadis yang cuba melarikan diri.

Semua gadis dan wanita yang hilang dari rumah pelacur itu, semuanya dibunuh. Mereka lah yang mulakan pemberontakan kerana ditipu seperti aku oleh manusia keji.

Semuanya mati, tapi kematian dorang aku tak ingin menjadikannya sia-sia.

Asalkan aku boleh hidup tanpa dipaksa lakukan sesuatu yang jijik itu, aku tak kesah jika mata aku buta sekalipun.

Asalkan hidup aku tenang.

Dah berapa lama aku berlari tanpa arah tuju? Adakah mereka akan dapat tangkap aku jika aku berhenti di sini?

Yang aku tahu... aku berada di luar, mungkin hutan kerana aku terlanggar beberapa pokok tadi.

Semua bahan khayal yang mereka paksa masukkan dalam diri aku seperti telah dinyahtoksin selepas aku menghirup udara segar setelah sekian lama terperangkap di dalam bilik yang musty.

Aku ingin berehat sekejap..

Sungguh penat, untuk mencari kebebasan.

Aku meraba-raba sesuatu yang tidak pasti, dengan harapan ada sesuatu di situ untuk diraba.

Tekstur... kayu yang rata. Papan?

Kabin?

Kemudian...

Tap

Tap

Tap

Tap

Semua deria aku bangkit, mata sudah tak boleh digunakan jadi pendengaran aku semakin tajam.

Itu bunyi tapak kaki seseorang, segera aku menolehkan kepala ke arah mana yang aku dapat rasakan bunyi itu datang.

"Jangan dekat dengan aku!!! JANGAN LANGKAH LEBIH DEKAT!!!" Aku menjerit ketakutan sambil melambaikan tangan ke depan kerana tak boleh lihat apa-apa.

"Siapa pun kau fikir, dia bukan aku. Aku hanya nak tolong kau." Dia, dengan suara lelaki... Suaranya tidak seperti tengah mengancam aku tapi aku tak boleh nak percayakan dia sebab aku tak tahu bagaimana wajahnya.

Aku dapat rasakan jarak kami berdua semakin dekat.

"AKU TETAP TAK PERCAYA!" 

Lelaki itu mengambil lengan aku, aku bergelut dan memukul dia untuk melepaskan diri sendiri.

[C] Stockholm + San ATEEZUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum