EPILOG

462 72 41
                                    

Udara yang segar.

Angin yang sejuk.

Menyapa lembut pipi Moon Hwari yang tengah menikmati pagi pertamanya selepas semua yang terjadi berakhir.

Dada Hwari terasa ringan dan kosong pada masa yang sama.

Hwari menghembuskan nafas,  kabus wap keluar daripada mulutnya.


Hwari memandang kedua tangannya, dia berada di tangga luar rumah, duduk.

Tangan yang membunuh seorang lelaki, dan juga secara tak terus membunuh seorang lelaki lagi dengan hanya bercakap.

Hwari mengerutkan keningnya ke atas. Tangannya menggigil.

"Should I.. Turn myself in?" 

Minda Hwari melukis sebentuk gari yang mengelilingi pergelangan tangannya. Moralnya dicabar dengan pemikiran baharu yang ditanam oleh San.

Manusia sungguh sasa dan lemah pada masa yang sama, hanya satu tikaman untuk seseorang bertukar arwah. Perasaan yang mengujakan dan gementar semasa Hwari menanamkan sebilah pisau di dalam badan Yunho terbayang-bayang di ingatan.

Keadaan selepas kematian San dan Yunho bertukar normal semula, Seonghwa dan Hwari kembali tinggal bersama di rumah mereka.

Pintu rumah San yang ditutup oleh Seonghwa menimbulkan perasaan pahit manis di dalam hati Hwari.

Mereka sepatutnya tanam mayat Yunho digunung hari itu, namun Seonghwa terfikirkan sesuatu.

Lagipun dia dah tahu tentang kebenaran kes penculikan dan penyeludupan organ manusia secara haram setelah menyiasat sekitar rumah San dan maklumat yang dia dapat daripada komputer dan telefon mereka berdua.

Hwari juga menceritakan tentang apa yang berlaku semasa dia di sini, semua yang San lakukan dari A sampai Z. 

Skuad Seonghwa menyiasat perkara ini sampai pecah kepala hanya untuk Seonghwa bunuh dalangnya, mungkin... dengan informasi ini, Seonghwa boleh reka sesuatu dengan kuasanya.

Yunho dan San adalah ahli dalam satu sindiket yang besar, mereka memberi bahan mentah dan dibayar oleh sesiapa sahaja yang membeli dan menyeludup secara haram.

Seseorang mesti disalahkan untuk semua ini.

Yunho mungkin berguna.




Seonghwa menyentuh bahu Hwari dari belakang.

"What are you up to?" Seonghwa mengambil tempatnya di sebelah Hwari.

Hwari melihat Seonghwa, penjara bermain di fikiran.

"Nothing." Hwari memberikan senyuman dan menurunkan tangannya.

Seonghwa tahu, perasaan yang Hwari alami sekarang.

"Aku dah set kan semuanya, aku akan buat skuad kami terpedaya dengan bukti-bukti baharu. Jangan risau, ini bukan kali pertama aku bunuh seseorang sebagai detektif." 

Ayat itu, sungguh mencurigakan. Tetapi Hwari diam, dia tidak mahu masuk campur dengan hal Seonghwa semasa dia berada di luar negara itu. Mungkin dia tersalah tembak ke apa, siapa tahu.







Beberapa minggu berlalu, Seonghwa dan skuadnya berjaya menemukan mayat Yunho yang Hwari dan Seonghwa sembunyikan.



Akhirnya mereka dapat menyelesaikan kes penculikan dan penyeludupan organ yang Yunho dan San lakukan. Tetapi ingat, bahawa sindiket ini mempunyai rantaian yang besar, walaupun dengan kematian Yunho dan San, masih akan ada orang lain yang akan ambil posisi San dan Yunho sebagai pembekal.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now