35

418 87 12
                                    

Jeritan yang jelas di dalam kesakitan kedengaran hanya bergema di dalam basement San

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jeritan yang jelas di dalam kesakitan kedengaran hanya bergema di dalam basement San.

Jeritan Kiyoon yang terseksa dan menjadi mangsa pembunuhan seterusnya kerana Hwari.

Pengakhiran buat mangsa seterusnya.

Hwari membuka matanya, badannya terasa panas, oh, San tengah mengendong dia. Hwari mendongak ke atas dan melihat wajah San daripada bawah.

Ada sedikit percikan darah melekat di wajah San.

"Ughh..." Kepala Hwari sakit. Mungkin dia terlelap tadi selepas mendengar kata-kata San yang memberikan tiga giliran dia kepada Kiyoon. Lega kerana tidak perlu menunggu lama. Badan Hwari terasa lenguh, lemah tidak lagi terikat di kerusi kayu yang sejuk.

Terdapat kesan lebam yang berwarna ungu gelap dan juga sedikit warna kuning di hujung lebam yang mengelilingi buku lali dan pergelangan tangan Hwari.

San senyap semasa mereka menaiki tangga keluar daripada basement ini, hidung Hwari dapat hidu bau darah datang daripada bawah.

"Let's clean you up."

"It smells like.... blood" Hwari berkata, menegur tentang bau darah yang lebih pekat dari biasa.

San menundukkan  kepalanya dan melihat Hwari, matanya nampak kosong buat seketika melihat gadis yang berada di tangannya itu.

"Sorry." San mendekatkan bibirnya ke dahi Hwari dan memberikan kucupan.

"Don't worry about it too much, I'll make you some food after this and get you some rest. I'll be going out to the market after that." San menjauhkan wajahnya dan berkata dengan nada mendatar.

Hwari menaikkan tangannya dan menarik perlahan kolar San, sekadar untuk menarik perhatian San tanpa berkata apa-apa. San terberhenti di hadapan bilik tidurnya.

"Can I come with you?" Hampir sahaja perkataan itu tidak keluar dari mulut Hwari, suaranya perlahan namun San masih boleh dengar, bukannya macam ada orang lain buat bising kat dalam rumah di mana hanya ada mereka berdua.

San menaikkan sebelah keningnya, pelik kenapa Hwari ingin keluar dengan dia ke supermarket walaupun nak berjalan dengan betul pun dia tak mampu buat masa sekarang.

San senyap seketika sebelum berbicara.

"Well, if you can walk properly I will consider that." 



.
.
.
.

'I think... I can take a hold of him now.. even just a little bit..'

Hwari berkata di dalam hatinya, menilai perkara yang terjadi dan menghela nafas. Mungkin... iya mungkin.

Mungkin keluar daripada rumah ini dan menghirup udara di luar akan membuatkan Hwari sedar sedikit. 

Dan selepas apa yang terjadi, Hwari boleh nampak peluangnya bertukar arah.  Begitu juga dengan arah pemikirannya.

Pentingkan diri?  Di dalam kepala Hwari,  dia tersenyum secara maya.





[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now