42

431 73 15
                                    

San berada di luar rumahnya, matanya tertarik kepada pokok limau di mana semuanya bermula.

Pokok limau tersebut berbuah dengan lebat,  dan buahnya juga sudah ranum.

San tersenyum lalu mendekati pokok limau tersebut, dia membongkok sedikit sambil kedua tangannya menyokong badan di lutut. Lalu lelaki ini memegang buah yang bulat itu dan memusingkan sedikit lalu ditarik sedikit untuk memetiknya.

"You are densely fruited... Rasanya, baja yang aku bagi mesti bagus untuk pokok ni. " San memuji pokok dan baja yang dia gunakan untuk pokok limau itu, kagum dengan baja tersebut.

"Oop, sorry. Stepped on you." San mengalihkan kakinya daripada memijak tanah dengan begitu dekat dengan batang pokok tersebut, San menjauhkan dirinya dengan jarak yang sepatutnya dan memetik beberapa buah limau itu. Separuh untuk orang rumah, separuh lagi untuk sesiapa sahaja yang dia terjumpa semasa keluar nanti.



*****




"Mmm Yunho? Wae? Oh yeah, we going to celebrate your birthday tonight at mom's place right?" San berkata melalui telefon kerana tengah on call dengan Yunho.

San berada di jalanraya perumahannya, di hadapan dia berdiri seorang wanita tua dengan rambut beruban dan kerinting, wanita tua itu lebih pendek dari San namun masih boleh berdiri tegak.

Dia menghulurkan seplastik buah limau itu kepada wanita tua yang tengah melintas di kawasan ini.

"Aigoo, you're such a kind young man." Wanita tua itu memuji, senyuman terukir di wajahnya, gembira kerana diberikan buah di awal pagi.

"Ah halmoni, no need to say that. I have a lot of these at home. Make sure you eat this well!" San menggenggam tangan wanita tua itu dengan erat. Setelah itu, San berlalu pergi dan kembali ke rumahnya.







Dia kena bersiap sedia untuk sambut hari jadi Yunho malam ini. San memutuskan yang dia akan masak pada malam ini di rumah Yunho untuk meluangkan masa. Hwari pula...

San memandang ke arah Hwari yang tengah memakan buah limau yang dia petik tadi di dapur. Mulut Hwari penuh, dan wajahnya berkerut sedikit kerana rasa masam itu menyerang tunas rasanya. 

San tersenyum sedikit, dia pergi ke arah Hwari dan menyentuh pipinya.

Hwari menoleh ke arah San dengan tanda tanya.

"Is it good?" San bertanya dengan lembut, dia mengusap kepala Hwari.

Hwari menggangguk, dia menggigit dan menghisap lagi jus limau tersebut dan mengerutkan muka.

"Do you know what dish is good for someone's birthday?" San tanya secara tiba-tiba.

Hwari memandang San, yang pasti itu bukan untuk hari jadinya. Hwari berfikir, namun makanan yang muncul di mindanya ialah ayam goreng, teokbeokki dan benda lain. Dia sendiri jarang memasak dan makan benda tak berkhasiat sepanjang pandemik ataupun tak makan langsung. Tapi selepas tinggal dengan San, Hwari antara makan sedap atau hirup habuk di ruang bawah tanah.

Hwari menelan limau di dalam mulutnya itu.

"I don't know.. I can't cook that well."  Hwari mengambil sebiji limau lagi dan mengupasnya, isi di dalam diberikan kepada San.

San menaikkan keningnya sedikit, namun dia tetap mengambil buah limau itu dan memakannya, rasa masam itu tidak mengganggu dia langsung.

"I guess the food that I cook makes you stay here longer." San bergurau. Sepanjang Hwari di sini,  dia tak benarkan Hwari masuk ke dapur tanpa kebenaran pada mulanya, tak mahu ada yang mendapat pisau di tangan.  Disebabkan itu, yang memasak hanyalah San sahaja di rumah ni,  kecuali kalau dia nak Hwari tolong.

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now