36

441 89 28
                                    

Seonghwa sangkakan yang dia sudah selesai tugasannya di sini dan meminta pekerja lelaki itu untuk memberikan dia salinan rakaman cctv tersebut, sehingga Seonghwa melihat sekilas skrin komputer lain dan ternampak rakaman cctv real time

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


Seonghwa sangkakan yang dia sudah selesai tugasannya di sini dan meminta pekerja lelaki itu untuk memberikan dia salinan rakaman cctv tersebut, sehingga Seonghwa melihat sekilas skrin komputer lain dan ternampak rakaman cctv real time.

Di dalam salah satu kotak rakaman cctv pada masa sekarang ini, ada seseorang yang membuatkan Seonghwa terkejut.

"I-I will come back later!" Kata Seonghwa tergagap kerana tidak percaya apa yang dia nampak, dengan segera Seonghwa berlari keluar dari pejabat rakaman sekuriti super market itu.

Dia menuju ke pintu yang menyambungkan bahagian staff only dan bahagian dalam pasar raya.

"Hah..hah.." Seonghwa mencari nafas kerana tengah berlari keluar dan sampai di  lorong dengan barangan sukan seperti pancing dan sebagainya, seperti rusa masuk kampung, Seonghwa baru perasan yang pasar raya ini agak besar.

Seonghwa melihat sekeliling, tidak tahu ke mana hendak pergi namun dia hanya teruskan berlari dan mencarii di setiap lorong.

Sehingga Seonghwa terlanggar seseorang yang pendek daripadanya.

Mereka berdua terjatuh.

"Maaf..! Saya hendak ce-"

Seonghwa mendongakkan kepala semasa berkata, namun apa yang dilihatnya membuatkan dia terkelu, terputus kata.

Mereka berdua bertentangan mata.

"Hwa...ri?" 

*****

"Hwa...ri?" Seonghwa berkata dengan pause diantara nama Hwari kerana yang berada di hadapan dia sekarang ialah gadis itu, gadis yang hilang itu.

Hwari membulatkan mata kerana terkejut, namun keningnya berkerut ke atas. Sepertinya perasaan dia bercampur baur dengan kesedihan, kecewa, terkejut dan gembira. Mata Hwari berkaca, dia cuba menahan air mata.

Seonghwa juga membulatkan mata dia, dia seperti tidak percaya, tidak percaya yang Hwari berada di hadapan mata dia sekarang. Seonghwa tanpa sedar, membentangkan kedua lengannya lalu memeluk Hwari.

Di mata Seonghwa, wajah Hwari agak kurus,  menjadikan garisan rahang lebih jelas dan hidung Hwari semakin lurus.  Warna kulit Hwari juga seperti tidak seperti apa yang Seonghwa ingat pada kali terakhir mereka berjumpa dahulu,  kali ini Hwari nampak lebih pucat dan satu garisan pendek urat berwarna hijau-biru timbul di tepi mata kiri Hwari.

Wajah Hwari juga berubah, dia nampak lebih dewasa. Seonghwa rasa bersalah dan sebak.

Air mata Seonghwa mengalir, "I-I found you..."  Dia merehatkan wajahnya di bahu Hwari yang statik kerana perkara tidak dijangka ini.

Kenapa Seonghwa tiba-tiba muncul dihadapan dia? Kenapa Seonghwa sedih sangat? Bukannya Seonghwa tahu Hwari kena culik ke apa.

"That note in your diary... I found it too.." Seonghwa menambah, membuatkan salah satu soalan Hwari terjawab. Hanya satu saja lah. Hwari menaikkan keningnya, nota minta tolong dia yang dia fikirkan tiada siapa yang akan jumpa, rasa sebak memenuhi hatinya.

[C] Stockholm + San ATEEZDonde viven las historias. Descúbrelo ahora