00 : 10

40 11 6
                                    

«.......replacement.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Kau dah kunci belum basikal kau, Luth?" Amin bertanyakan Luth.

Lima hari dia berpergian ke kem Remaja Sekolah, semalam dia pulang dari Gemas, Negeri Sembilan. Hari ini baru berkesempatan datang ke sekolah.

Penat tak hilang lagi tapi memandangkan perlawanan persahabatan bakal diadakan, dia hadir juga.

Tepat pukul 3.30 petang, mereka akan bertolak ke SM Sri Nilam, tempat berlangsungnya perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah. Cikgu-cikgu sekolah giat mengadakan perlawanan persahabatan bagi persiapan perlawanan sebenar kelak.

Peringkat zon daerah.

"Tak." Luth jawab sepatah.

Amin tampar bahu Luth. "Kau ingat basikal kau tu pandai buat pendinding? Orang tak boleh curi kalau kau tak rantai, macam tu?"

Luth hela nafas malas. "Aku naik moto."

"Eh, sejak bila ayah kau bagi naik moto datang sekolah ni? Bukan sebelum ni, ayah kau tak kasi ke?" Amin berkerut dahi selapis.

"Aku diam-diam je. Ayah aku tak ada kat rumah, pergi kursus."

"Habis mak kau takkan tak tahu?"

"On call." Mudah jawapan Luth.

"Aku dengar kau masuk bilik disiplin, apa kes weh?" Amin menyoal ingin tahu.

"Khabar angin je tu." Plastik Coki-coki ditarik. Anak matanya terhala pada blok pejabat.

Bukan, blok setentang dengan pejabat. Blok kelas.

"Kau biar betul? Dari mulut-mulut cikgu pun aku dengar, takkan cikgu reka cerita kut?" Amin masih tak berputus asa bertanyakan Luth.

Lima hari di Negeri Sembilan ibarat lima bulan dia hidup tanpa sebarang komunikasi dari tembok luar Kem Tentera. Sangat-sangatlah menguji. Langsung tak dibenarkan sebarang gajet dibawa masuk. Sampai je di kem, semuanya dirampas.

Dah tu hidup dia macam betul-betul latihan untuk jadi askar. Sama je aktiviti mereka dengan askar-askar di sana.

Penat mental fizikal dia. Mujur lima hari je, kalau berbulan macam askar pelatih tu memang tak lah dia nak bayang.

Tak boleh push rank.

"Cikgu pun sebar berita palsu." Luth kemam coklat dari plastik Coki-coki.

"Eh boleh pulak macam tu! Kau cerita kat aku apa jadi sebelum aku tanya diorang." Ugut Amin memaksudkan geng dia.

Tapi sekarang ni, mana pergi entah diorang tu. Tinggal dia dengan Luth je dekat tembok tangga ni.

"Tanyalah." Selamba je reaksi Luth.

"Hoi!" Amin mendengus. "Kaula cerita, aku nak dengar dari kau."

"Aku tak nak cerita."

"Eh, eh dia ni... Aku sepuk kau kang."

"Sepuk kau balik."

Amin tolak belakang Luth. Sakit hati betul bila datang perangai tak semenggah dia. Konon cool padahal acah je.

"Tak ada apa jadi pun. Saja kecoh lebih. Settled down already." Tegak je badan, Luth pandang Amin.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now