00 : 29

22 8 2
                                    

«.......lotus.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Irel bila nak cuti sekolah?" Angah pandang aku sekilas.

"Cuti penggal?"

Jangan cakap sekerat sekerat, aku jenis blur orangnya. Tak faham apa tambah pula dah pukul 12 lebih, aku ngantuk!

"Yelah, cuti apa lagi?!" Angah jeling sekilas.

"Rilex lah," aku berjeda seketika, membuat hitungan. "Hmm...lebih kurang lebih dari dua minggu."

"Lepas habis exam?" Angah soal lagi.

"Haah, right after exam touch down." Hari Jumaat habis exam, lepastu terus cuti selama dua minggu.

"Okey." Angah angguk sekali.

"Okey je? Terima kasih tak ada?" Ergh, penat penat aku kira. Dahla tak ada kalkulator!

"Yelah, terima kasih gerakkan otakmu dari dibiar berkarat!"

Aku cubit paha Angah.

Main kasar! Macam aku lembap sangat!

Angah lagi lembap dulu, lepas SPM je baru dia mula serius belajar. Mungkin sedar tanggungjawab dia pada aku.

"Angah, Irel menang tadi. Tak nak kasi apa apa ke? Cuti ni kan, jom pergi Penang?" Terima kasih pada Angah, hilang sudah kantukku.

Balik ni, mandi dan terus tidur. Walaupun lapar tapi aku lebih utamakan tidur. Tidur tu penting! Aku dah la tak tidur tengah hari, mungkin susah nak lelap kejap lagi.

Entah kenapa aku pelik sangat, orang tak tidur sehari, malam senang tidur. Aku pula keterbalikkan alam. Tak tidur siang, tak tidur la aku waktu malam.

"Nak buat apa pergi Pulau Pinang? Bukan ada apa pun," keningnya dijungkit naik.

Kalau penduduk Pulau Pinang yang fanatik dan sejati tahu ni, Angah sure dah berlubang dahi kena baling dengan periuk masak Nasi Kandar! Tak yang tu, mesti kena baling dengan durian Balik Pulau tauke Cina punya!

"Macam macam ada, okey!"

Walaupun kecik tapi Pulau Pinang bagi aku unik. Selain dari faktor sejarahnya, aku suka sebab terpisah menjadi dua untuk membentuk satu negeri Pulau Pinang.

Tanah Besar dan Pulau, dalam bahasa Inggerisnya, Mainland and Island. Dua dua aku suka.

"Angah tak boleh cuti, hari tu demam banyak kerja yang tertangguh. MotoGp Sepang dah nak dekat, berlangsung masa cuti sekolah ni jadi Angah pun sibukla, Muhammad Irel..."

Aku mengeluh. Angah selalu macam tu! Aku penatla bila Angah kahwin dengan kerja dia ni.

"MotoGp Sepang?" seketika terus bersemangat aku jadinya, baru aku teringat!

"Iya..." Angah angguk lagi. Macam terpaksa layan aku tapi aku peduli apa.

"Bukan MotoGp Bangkok ke?" Setahu aku selepas MotoGp Aragon turn seterusnya di litar Chang, Bangkok.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now