00 : 14

20 11 9
                                    

«.......Angah's.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Angah!!" Jeritanku bergema di segenap bilik perseorangan ini.

Lantas, aku bangun dari sandaran di kepala katil lalu tubuh dibawa ke pelukan angah. Badan aku tenggelam dalam susuk angah yang tak berapa nak sado.

Angah bukan jenis lelaki yang bina badan tapi tak dinafikan badan angah tough. Cukup tegap, sesuai dengan ketinggiannya yang mencecah 183 sentimeter.

"I'm not missin' you, bro..." Ujarku dari sebalik dada bidang angah.

Argh, tipu kau Irel. Aku rindu angah gila-gila even tak sampai seminggu pun angah berpergian.

"Ah, I'm missin' you too, Muhammad Irel..." Kepala aku diluku angah.

Ni yang aku benci angah ni. Ingat buku lima dia tu kecik ke? Lembik ke? Dia bagi perlahan je, otak aku macam dah jatuh ke lantai bermarmar putih ni.

If I've ever dropped my brain, bodohlah aku selamanya.

"Mana Irel punya pesanan tu? Melenggang je." Kedua belah tangan angah, kosong. Tak ada apa pun dia bawa.

Ceh, pemusnah harapan betul angah ni. Pemberi harapan palsu. Fake hope giver detected.

"Mana nak ada, angah kelam-kabut balik sini. Tak sempat nak beli apa-apa, kerja pun tak sempat nak habis." Tangannya diseluk dalam kocek denim biru tua.

Aku blur kejap. Apa dia cakap? Tak sempat nak beli? Laaa, punah harapan aku. "Maksudnya, angah tak sempat jumpa awek Siam pun?"

"Eh, banyak je sangkut. Nombor je tak sempat nak mintak." Angah dengan lagaknya, berkata.

Ergh, perasan! Tak ada lah tu.

"Jom la angah, balik. Angah pergi check out kan Irel. Tak suka la bau ubat-ubat ni. Busuk!" Sumpah aku benci ubat, aku benci bau dia, doktor pun aku benci jugak.

Aku benci doktor bukan bermaksud aku tak hormat diorang. Bagus dah tu, kerja menolong orang dalam keperluan. Cuma aku benci bila dia main cucuk-cucuk je tangan aku ni haa. Eii, benci lah!

"Tak suka ubat, cedera buat apa? Lain kali main lah lagi teruk-teruk. Main sampai satu badan kena pijak, baru ada syok sikit. Setakat tangan je, apalah sangat. Bukannya sakit sangat pun..." Pandangan angah berubah keras.

"Angah ni bebel je lah kerja. Dah orang nak pijak, mana Irel nak tahu. Bukan boleh meramal masa depan even satu detik. Kun fayakun, Allah kata jadi maka jadilah. Kita tak boleh tolak." Aku bidas balik ayat angah.

Memang tak lah aku nak senyap, bukan aku!

"Kun fayakun jugak lah doktor tu ubatkan Irel. Sebelum Irel naik kerusi tolak wheelchair tu baik makan cepat makanan tu kalau nak balik. Doktor Zyan kata Irel tak makan apa-apa dari masuk hospital semalam."

Dah, angah bebel pasal makan pulak dah. Memang tak lah aku nak makan makanan hospital. Tukang masak hospital ni memang tak tahu ke garam tu apa? Ke dia tak tahu garam tu wujud?

"Doktor Zyan? Angah jumpa dia ke?" Doktor tu harap je ada rupa macam Zyan Malik tapi hampehh.

Boleh dia suka hati dia je main tunjuk-tunjuk jarum picagari tu kat aku? Dia tunjuk selamba je siap acah nak cucuk aku lagi. Ingat jarum tu macam lollipop ke apa?

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now