00 : 36

7 3 0
                                    

«.......there's Marc!.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Iralna?" Luth tarik hujung tudung selendang soft red Irel.

Irel berkalih. Membulat matanya saat bertembung pandang dengan Luth.

"Luth?" Atas bawah Irel tengok Luth. Biar betul Luth? Kenapa lain benar?

"Kau Luth ke? Luth Arashy Bin H..."

Luth memintas laju. "Ha yelah, aku."

Buat masa sekarang, nama itu hanya akan buatkan lukanya tertoreh kembali. Belum sembuh, tapi bertambah luluh.

Irel tutup mulut dari luas mengangga. Betul betul Luth ni? Kenapa tak nampak macam dua hari lepas?

"Kau okey ke?" Irel menyoal perlahan.

Luth tayang muka selambanya. Dingin tak berekspresi. "Okey,"

Tipu, dalam tempoh dua hari ni kau buat apa Luth?

"Jom," ajak Luth sebelum dia memulakan langkah dulu.

Berkerut dahi Irel. "Pergi mana?"

Luth ni suka macam ni tau! Misteri dia tak payah bawak bincang, memang out of the court terus!

"Cari makan," jawab Luth tanpa berpaling.

Langkahnya disusun dengan tangan berada dalam kocek seluar. Irel malas nak bertanya banyak dah, Luth takkan buka mulut.

Kalau dia buka mulut, dia sendiri yang akan rela bukan orang suruh cerita. Baik tak payah paksa.

"Makan je kerja mamat ni. Dengan dia je asyik makan, sikit sikit makan, sikit sikit makan," Irel membebel sendiri.

Luth angkat tangan, tak sedikit pun berpaling. "Aku mendengar,"

Irel mencebik.

Belakang tubuh Luth, diperhati.

Seluar jeans hitam jenis skinny, baju tshirt edisi Marc Marquez bersama topi Red Bull. Semuanya cdlimited edition. Hanya dijual waktu ada perlumbaan.

Luth nampak...

Macam model!!!

❍☆❍〃

Perlumbaan Moto 3 dan Moto 2 berlalu, kini tibalah masa bagi perlumbaan Marc!

Moto 1 tapi orang tak panggil yang tu sebaliknya disebut MotoGp atau moto kelas pertama.

MotoGp membawa maksud Motorcycle Grand Prix. Moto 3 bagi jentera berkuasa 500 cc, kelas kedua iaitu Moto 2 berkuasa 750 manakala di kelas pertama 1000 cc. Cc pula singkatan bagi Cubic capacity.

Aku dekat sini tabah je la. Boleh pekak telinga woi!

Bunyi deruman motosikal yang dipecut hingga 300 mh/h atau lebih memang kau takkan nampak sangat figura penumpang. Yang ada hanya lah bagai lintasan cahaya.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now