00 : 11

17 8 0
                                    

   «.......scold.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Nafas berat dihela keluar. Dada berombak laju. Tercunggap-cunggap oksigen, karbon dioksida bersilih ganti memenuhi dada. Sabar, Irel. Sabar...

Tak sabar ni, memang ada jugak orang yang sendu makan sepak percuma aku!

"Nombor 5, jaga dia!" Jeritan dari seorang pemain, menambah geram yang sedia memuncak.

Seorang pemain bernombor 8, datang menyekat laluanku. Pemain dari SM Sri Nilam memang betul-betul nak aku baling bola tepat kena batang hidung dia.

Aku ke kiri, dia ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan. Aku maju, dia maju. Aku mundur, dia juga mundur.

Macam tak ada haluan je manusia depan aku ni, asyik terikut aku!

Memang la sangat dituntut untuk pasang benteng pada setiap pemain lawan, kut ya pun jangan la sekat laluan aku. Ni sampai berlaga bahu, memang menuntut aku panggil angah.

Biar angah langgar diorang! Sekali kena bahu angah yang punya biceps tu, sure terbalik!

Angah, I need you!

Bola di tangan Aliya. Aliya pula nampak macam termati langkah bila terkepung dengan tiga orang lawan. Aliya salah seorang penyerang disamping Fadhilah.

Aliya sayap kanan, Fadhilah center.
Aku pula main posisi penyerang kiri.

Fadhilah dari tadi cuba mencari ruang dekat dengan Aliya, juga menemui jalan buntu. Tangkas dia berlari, mengelak dari kepungan namun sia-sia.

Tinggal aku sorang je penyerang.

Aku pandang si pemain yang tak ada hala tujuan ni. Senyuman senget terukir.

Play rough to those who can't tolerate to respect.

"Air, sini!" Jeritku lantas lompatan tinggi dibuat.

Air tu kod untuk Aliya. Kang kalau panggil nama, tahu lah siapa gerangannya maka setiap kod diberi pada setiap pemain.

"Island! To the right!" Bukan jeritan dari Aliya, namun datangnya dari kelompok di sisi padang.

Berkumpul pasukan bola baling TSSB. Lelaki dan perempuan memandangkan perlawanan bagi dua pihak, hanya sebelah menyebelah. Padang sebelah berlansung game SM Sri Nilam dengan SM Jawi.

"To the right, 180 turn around!"

Izham, sah!

Aku ikut seperti yang diarah Izham. Penglihatan aku tak berapa nampak dek dihadang dan arahan dari Izham sangat-sangat lah membantu.

Pusingan 180 darjah dibuat sejurus bola ditangan dilambung naik. Tak ada siapa untuk aku pass kerana aku pulak dikepung. Sampai baju aku diorang tarik, memang melampau!

Lompatan tinggi dibuat. Kedua-dua tangan menjulang naik selajur bola yang dilambung tadi ditangkap cantik.

Yes!

Posisi badan direndahkan melebihi paras rukuk. Bola dibawa dengan teknik bump. Lagi rendah lagi bagus. Kurangkan kemungkinan bola dirampas.

Lima kali aku bump bola, badan ditegakkan. Dah hampir ke gawang gol. Loncatan tinggi dibuat sekali dengan bola di tangan kanan. Bola kemudian direjam ke gawang. Target aku di bawah, di sudut penjuru memandangkan penjaga gol nampak macam mengabaikan ruang di situ.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now