00 : 23

14 6 2
                                    

«.......the bus.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Uniform lengkap dari atas hingga bawah, terpantul dari cermin yang melindungkan saluran paip besar.

Paip apa entahla tapi sebesar tiang elektrik. Dari aras bawah hingga ke atas sekali.

Aku tersenyum. Semangat lain macam bila pakai seragam ni.

Rasa bangga dan yakin.

Macam ni ke perasaan pasukan uniform negara? Polis, askar, bomba JPAM dan siapa siap je yang sarung pakain seragam.

Nampak segak dan aura dia lain macam.

Mengancam yang amat!

"Irel!"

Iris mata meliar mencari susuk siapa yang memanggil tadi. Dengar macam Afif tapi tak nampak pula kelibat dia.

"Weh Irel...sini, sini!" Dari kejauhan, figura Diniy melambai memanggil aku.

"Ya!" Aku buka langkah turun dari aras kelas.

Sampai di dataran di bawah, Diniy mengampiri. Dia menyarung baju putih berlengan panjang, berseluar trek dan bertudung hitam.

Kejap lagi baru salin pakaian lain bila dah sampai stadium.

"Kenapa ni?" aku menyoal.

"Tolong kejap. Cikgu Suraini panggil."

"Jom,"

"Kau bawa sepanduk rumah nanti kan? Rumah kita nombor berapa perbarisan?"

Nak mulakan acara perbarisan, lambat. Satu demi satu dengan badan uniform terakhir sekali.

Elok cuaca dah panas dan bahang dari trek stadium dah betul betul macam ayam golek dalam ketuhar kami kena tunggu.

Tak boleh duduk masa tunggu giliran. Tak boleh keluar barisan, barisan kena seragam sentiasa dalam sut lengkap yang berlapis lapis.

Ergh, seksa!

Sebab tu aku malas masuk perbarisan unit uniform. Lambat dan panas!

Nasib tahun ni, diadakan waktu malam.

Okey Irel, boleh lupa semua ketidakselesaan.

"Rumah Cenderawasih dulu, lepastu Garuda, lepas Garuda baru Jentayu. Last sekali Rajawali. Tapi aku takut la, Rel..."

Diniy pandang aku dengan muka gelisahnya. Jarinya ditautkan.

"Kenapa?"

Tiap tahun perkara yang sama juga berulang. Tak ada apa yang berbeza. Naik bas, pergi stadium universiti tak pun stadium negeri, acara dan balik.

"Weh, aku takut la... Yelah nak kena pegang sepanduk rumah sukan lepastu jalan dengan baju macam cinderella, kasut pulak tumit tinggi jugak aku tengok, kau tahu?!"

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now