00 : 03

32 8 0
                                    

«.......another.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

        

|.↗✉↘.|

"Yang kau ni dah kenapa?" Nada suara aku dah tinggi naik. Kalau naik lagi memang ada yang kena hukuman gantung.

Ha, akulah tu. Hukuman gantung sebab bunuh anak orang.

"Tak ada kena apa." Luth tilik diri dia sendiri atas bawah sebelum menggeleng. Polos je muka.

Ya Rabbana...

Terus darah panas mengalir satu badan. Siap berhaba walaupun bilik bertutup ni berpenghawa dingin.

"Apa masalah kau hah? Cikgu dah bagi peluang bela diri, cerita apa yang patut, yang kau diam membisu tu dah apahal?! Sengaja cari nahas? Seronok la kau kena buang sekolah, gantung sekolah macam tu?!"

Nasib depan aku ni anak teruna orang je, kalau anak masa depan aku memang aku cekik-cekik dia.

"Ouh..." Berleret suara Luth ber'ouh' dia. Dia jongket kening naik. "Kau tak faham ke atau buat-buat tak faham? Aku cakap apa pun, cikgu takkan dengar."

"Cikgu nak dengar je kan? Sebabtu kita kat sini bukan bilik disiplin! Kau tu yang tak nak cuba fahamkan cikgu sebab kau pun tak faham susah payah aku pujuk cikgu!" Haih, Irel kau sabar.

Hari Isnin iaitu hari ini, Cikgu Aliff panggil Luth masuk ke biliknya di bilik sukan ini. Hari Jumaat hari tu, aku dah cakap dengan cikgu suruh dengar dulu penjelasan Luth. Punyalah aku menahan segan, malu, tebal muka semuanya ada sebab nak cikgu bagi peluang untuk Luth.

Tapi sekarang tengoklah...

Dia dengan selamba kalah dewa-dewa, cakap memang dia yang buat. Apa lagi, memerah la muka Cikgu Aliff!

Dasar tak kenang budi punya Luth. Kena sampuk dengan badi mayat Sungai Ganges gamaknya.

"Dah memang aku buat nak cakap apa lagi?" Luth seluk tangan ke dalam kocek seluar trek.

"At least kau terangkan why you had done that! Is it impossible to you, huh?!" Sekali lagi, aku marah dia.

"At last, aku kena jugak. That's possible." Luth buat muka tenang tak terkocaknya.

Aku terpempan.

Aku tahan diri dari mengeluh di depannya. Beg galas kecil yang aku letak pakaian sukan, aku galas atas bahu selajur melangkah pergi.

Tak guna Irel, tak guna cakap dengan dia. Ingat orang semua jahat sangat ke tak nak bagi peluang dulu?

Ingat aku ni jahat ke sebab nak tolong dia?

"Haish..." Aku dengar keluhan Luth terbit tapi aku buat tak tahu. Tombol pintu dipulas.

"Bukan aku yang curi duit pengusaha kantin..." Bicara selanjutnya Luth berjaya menghentikan langkahku.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now