00 : 21

8 5 0
                                    

«.......fever.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘|

Luth mengiring ke kanan pabila iringannya di kiri serasa tak kena. Lenguh terasa setiap urat sendi. Panas macam duduk dalam sauna.

"Ergh..." Luth mengerang.

Baringannya semua tak kena. Akhirnya Luth bangun. Perutnya pula berkeroncang hebat.

Aduh, baru dua jam yang lepas dia isi perut. Luth tonyoh hidungnya laju laju. Seketika, dia turun dari katil.

Tak boleh jadi ni.

Bilik Irel dituju. Baru dia nak ketuk, dia teringat yang Irel temankan Angah. Irel berada di dalam bilik Angah tika ini.

Nak masuk ke tak? Kang kalau Irel tak pakai tudung macam mana?

Luth serabutkan rambut dengan hidung ditonyoh kemudiannya. Ya Allah, tak selesa betul. Malas fikir panjang, Luth bawa diri ke dapur.

Dia lapar, dia nak makan. Harap harap ada lah makanan yang berbaki untuk dia santap.

"Blah," tanpa nada Luth keluarkan arahan.

Dari anak matanya, dia perasankan sesuatu berada di atas tong sampah sambil perhatikan dia.

Luth tanpa cakap banyak, keluarkan plastik sampah sejurus dia keluar dari rumah dengan kunci yang digantungkan berdekatan suis televisyen. Settle, dia masuk balik.

Tangan dicuci dan Luth buka pintu peti ais. Iris bewarna russet itu perhati satu per satu apa yang boleh dia makan.

Luth capai seplastik daging burger Ramlah. Tersenyum nipis dia tatkala koklea matanya menangkap kotak coklatnya sudah tinggal suku.

Dalam kalut pun sempat lagi minah tu sental coklat.

Luth ambil pula lapan keping roti Gardenpia. Keningnya bercantum. Apa punya jenama ni? Dahla plastik warna merah campur indigo, macam dekat disco je.

Jenama roti tu juga cukup terkenal oleh seluruh rakyat Malaysia. Semestinya Gardenpia menjadi pilihan kerana lebih enak dimakan begitu saja.

Luth cari pula sayur yang dia boleh masukkan sekali tapi tak ada satu pun yang tinggal kecuali cendawan shitake. Burger dengan cendawan?

Not bad!

Luth cincang kasar daging burger dengan cendawan. Sos pasta yang bersusun di atas rak kabinet, dia ambil yang dalam tin paling kecil punya.

Kuali dipanaskan. Luth letak bawang cincang dan seangkatan dengannya yang dia potong dadu. Daging burger dan cendawan turut dimasukkan.

Kurang dari setengah jam, sandwich anak angkat burger, siap dimasukkan ke dalam mulut. Empat biji keping kesemuanya.

Irel termati langkah pabila tampang Luth singgah di kornea matanya. Kepalanya dipegang, nasib dia bertudung. Tak perasan pula dia tidur tak buka tudung lagi.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now