00 : 18

17 6 2
                                    

«.......till dawn.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Nampak je kelibat mereka berenam, aku buka langkah besar berlari ke arah diorang. Saat ini terlupa seketika akan denda yang satu tu.

Cadangnya nak cari Cikgu Salawi tapi terpesong ke dataran.

"Weh," tercunggap cunggap aku tiba.

Enam pasang mata pandang aku. A'watif dah hambur gelak. Entah apa yang lawaknya, aku pun tak tahu. Buruk sangat ke aku lari tadi?

Rasanya tak, biasa je. Handsome as always.

"Bila korang sampai?" aku pandang Athirah dan Amira.

Maklumlah  latihan rumah sukan Cenderawasih dengan Rajawali Isnin depan pulak. Ni apahal menempel dekat sini?

"Baru je," jawab Athirah dan Amira serentak.

Berpandangan mereka seketika, sebelum Amira tampar paha Athirah. "Aku sampai dulu tau!"

"Alah sinci je ibu aku hantar belakang mama kau, tu pun nak berkira." Athirah jegil mata bulatnya.

"Berkiralah, aku sampai awal lagi."

"Nih pagi pagi aku lagi awal sampai dari kau yang loceng bunyi dulu baru nak nampak muka, ha apa cerrr?!" Laju Athirah membidas tanpa break.

Amira buat muka.

"Dahla, awal kau datang pun still tak boleh lawan Irel." Ima menyampuk.

"Irel jangan cakap lah, dia dengan Afif solat Subuh ke entahla." Skeptikal Athirah pandang aku.

"Eh tolong sikit, aku solat belakang imam kau tahu?!" Weh, aku solat awal kut. Lepas mandi je terus aku pecut solat, boleh pulak tuduh aku tak solat!

Wah, wah banyak saham dekat BURSA kau!

"Kau apa khabar Irel?" Shahirah hulur tangan padaku.

Aku berkerut dahi. Pelik minah ni tiba tiba nak salam.

"Kau apahal?" aku sambut juga hulurannya.

Shahirah tekup mulut sambil sengih macam mak cik mak cik selalu buat bila kantoi membawang. Tu kalau yang ada hormon malu, yang tak ada tak tahulah apa reaction diorang.

"Hehe,"

"Nak tau tak tadi kan..." A'watif jeda.

"Haha,"

"Tadi kan apa? Shahirah kau diam kejap, kut nak mengekek macam pontianak silalah masuk tandas tu haa." Ima memuncung pada pintu tandas.

Sempat dia jeling meluat sekumpulan junior.

"Hehe, tadi kan Irel kan..."

Laju aku pintas A'watif. Sebelahnya aku duduk. Maksud aku duduk atas riba Izzah.

"Woiii!" Izzah menempik keras. Ditolaknya tubuh aku tapi aku kejungkan badan.

"Alah, tak ada tempat dah. Aku penat, kasi aku tempat rehat kejap." Aku cuba raih simpati Izzah. Lengannya aku tepuk-tepuk.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now