00 : 35

8 3 1
                                    

«.......the day.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Dua hari berlalu, hari hari mendatang masih ada pengharapan. Masih bernafas dengan kesyukuran.

"Muhammad Irel!"

Ergh, nak apa lagi lah Angah ni? Bila tak ada, aku bosan. Bila dah ada, macam bengong je Angah ni.

"Apa?!" Aku menyahut jua, malas nak dengar lolongan Angah pagi pagi hari ni.

"Muhammad Irel!" suara Angah memekik lagi.

Aku buat tak tahu, tubuh diselebungkan di sebalik duvet tebal. Malas aku nak layan Angah. Lagi beberapa hari dah nak sekolah, aku nak nikmati cuti sepuas puasnya.

Walaupun tak sepuas orang lain yang dapat bersama keluarga.

Tak apa Irel, ikhlas.

Kau tak sama dengan orang lain, takkan sama. Jangan harapkan kebahagian orang lain jadi bahagia kau. Cari bahagia kau sendiri.

"Irel Iralna adik Amirun Akmal!"

Tahu pun aku adik dia. Buat aku macam jurutera yang lain di lapangan buat apa? Terjerit jerit kerana bising.

"Hoi," Angah datang menjenguk di muka pintu.

Aku buat pekak, malas nak dengar. Aku merajuk!

Aku benci nak tipu diri tapi itu je yang aku mampu. Aku nak jugak ada waktu waktu macam orang lain. Tak pernah henti doa tapi mungkin Allah simpan sesuatu yang lebih bernilai kemudian hari.

Air mata yang sudah bertakung, aku tahan. Jangan menangis Irel, jangan nangis.

Percaya. Teruskan percaya. Tetaplah percaya.

Nyah sana kau, syaitan! Jangan rosakkan fikiran aku. Aku elok elok dah positif, tolong jangan nak putar belit akal aku fikir benda yang negatif.

Jangan, aku tak suka bersangka buruk.

"Irel... Siap cepat," Angah menepuk kaki aku.

"Malas, nak tidur. Angah pergi siap cepat, nanti kena buang kerja. Kena buang kerja nanti sapa nak tanggung Irel dengan suami Irel bila Irel kahwin?"

Aku gigit bibir, cuba sembunyi sebak. Dah aku kata jangan nak menangis, jangan la nangis! Jangan tunjuk depan orang lain!

Kerna bagi setiap orang , tangisan itu dianggap lambang kelemahan. Kekalahan. Cengeng! Sikit sikit menangis, sikit menangis.

Kau tahu apa aku rasa? Sedangkan aku juga tak tahu apa yang aku rasa, layakkah kau tahu?

Ergh, macam ni la aku! Motivasi dekat orang lain kalah Prof. Madya! Bila dengan diri sendiri serupa manusia yang sudah hilang daya!

Aku penatla nak menipu lagi.

Kadang mahu tapi tak sanggup aku utarakan. Aku tak nak susahkan orang tapi lagi menyusahkan jadinya. Apa yang aku harap pasti terjadi sebaliknya.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now