00 : 38

14 2 1
                                    

«.......hold in his hand.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"In the middle of the evening breeze, where the birds flying, when the leaves falling, whichever the clouds is confined..."

"I whisper to you..."

Dan simpulan tali di tangan Luth dilepaskan. Belon berterbangan ke udara.

Aku tergamam.

Berkaca kaca aku melihat belon belon berterbangan ke udara, memenuhi atmosfera. Melindungi cahaya mentari petang. Mengelapkan seketika awan di keliling.

Belon belon yang tak diikat sekali, secara satu satu berterbangan benar benar buatkan suasana ketika ini seperti berada di luar negara.

Cappodocia yang terkenal dengan belon udara panasnya.

Warna warna belon menceriakan langit biru. Banyaknya tak terkira. Entah berapa ratus.

"Iralna."

Di depan mata, di sebalik gugusan belon yang merata, Luth di situ berdiri. Tangannya berada dalam kocek seluar jeans, sebelah lagi menggengam seiikat belon.

Meliuk lentok di tangannya.

Luth keluarkan tangganya dari kocek dan oh my! Dia jalan ke mari!

Luth mengorak langkah menghampiri. Tolong, aku dah tak boleh buat apa. Hanya juraian air mata yang turun.

Dengan lagaknya yang penuh karisma, Luth seolah memijak satu demi satu belon yang berterbangan ke arah aku.

Rambut lebatnya beralun ditiup angin petang begitu juga dengan kemeja yang melapisi tshirtnya. Lagak punya efek slow motion setiap derapan dia ambil. Cahaya matahari menghasilkan bayangnya yang cukup sempurna kerna Luth membelakangi cahaya.

Betapa indahnya ciptaan Tuhan, tak dapat disangkal lagi.

Aku tak mampu sembunyi sebak.

Pasti kejadian ini menjadi kenangan terindah sepanjang aku hidup. Meninggalkan memoribilia di jauh sudut hati namun satu saat nanti pasti semuanya akan berubah.

Mencengkam jiwa menyentak tangkai jantung jika di hari esok kelak, tiba.

"I whisper to you... Happy Existence, My Box..." Luth menghulur sejambak kecil bunga. Berwarna biru ais.

Aku tak menyambut. Tak mampu. Luth juga sudah samar samar di hadapan mata aku. Bukan kerana nak pitam tapi dikaburi dek air mata.

"I'll fight, I'll fight for you. I always do until my heart is black and blue..." Ucap Luth penuh sabar biarpun aku tak membalas sedari tadi.

Aku rasa dia juga tak mahu aku balas.

Aku pegang dada. Dah tak terkeluar suara aku menangis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now