00 : 17

23 10 0
                                    

«.......evening,darling.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Beg berton kelabu gelap itu, aku letak di bangku pondok pengawal. Shahirah, Izzah, A'watif, Diniy dan Ima turut serta untuk latihan petang Khamis ni.

"Kau suruh diorang isi botol air kau ke, Shahirah?" Ima bertanyakan Shahirah.

"Haah, tadi masa diorang nak balik asrama aku pass dekat Ama." Tudung sarung Adidasnya, dibetulkan.

Diorang mesti akan salin kepada tudung sarung kalau ada latihan waktu petang. Kebanyakkan pelajar perempuan juga begitu. Kalau aku memang tak lah, segan!

"Aduh, botol air aku nak kosong dah ni. Lupa pulak nak suruh diorang," Ima bergendang perlahan di permukaan kerusi batu.

"Nak aku suruh Ama isi? Aku pun nak pergi sana kejap." Diniy menawar diri. Sememangnya kawan kamceng dia Ama.

Senyap seketika sebelum dengan pantas Ima hulurkan dua botol airnya. Aku turut berbuat demikian. Sebotol air mana cukup beb!

"Izzah dengan Mira, botol diorang ni tak nak isi ke?" Botol air Izzah dan Amira yang tersadai di tepi beg masing-masing, aku pegang.

Ada la dalam separuh Izzah punya, Amira pulak tinggal suku. Amira ni bawak berliter air pun tak cukup dia!

"Bagi je lah, duduk dalam tandas tu kalau boleh lama pagi diorang tu. Ahli aktif Kak-kak Tandas betul!" kata A'watif. Bukan tak tahu dua orang tu, dalam ramai-ramai diorang lah paling lama.

Amira dengan cermin berpisah tiada. Izzah pula asyik-asyik 'weh nampak rambut tak?' 'nampak rambut tak?' Dalam sehari dalam kelas tu, ada dekat berpuluh kali dia tanya. Tak kira masa!

Aku menyerahkan botol air diorang kepada Diniy.

Berkerut keningku. "Kau boleh ke tak ni, Diniy?" Campur semua botol jadi tujuh secara total semuanya. Silap jalan sikit, bergolek masuk longkanglah botol-botol ni semua.

"Boleh, boleh..." Macam tak boleh je, namun melihatkan Diniy yang super genius masukkan semua botol dalam beg kain yang dibuat letak buku, aku biarkan saja.

Lagipun malas aku menapak ke aspuri. Jauh.

"Jumpa kat padang jap lagi," peace dilayangkan pada Diniy. Diniy gelak kecil. Haish, sopan betul anak Cikgu Hanizah ni.

❍☆❍〃

Dalam ramai-ramai ahli rumah Jentayu dan Garuda, aku tak habis-habis terteleng cari figura seseorang. Siapa lagi kalau bukan Luth, hmmm...

Tak sempat aku nak ucap terima kasih tadi.

Tulah kau Irel, gugup lagi!

Ergh, mahunya aku tak gugup, Luth nampak mengancam betul. Berdasarkan pemerhatian aku yang bertahun dah ni ke atas dia, jarang Luth datang sekolah dengan motosikal tapi sekarang ni makin kerap pulak.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now