BAB 1 - Tuan Rumah Di Atas Rumah?

1.1K 60 3
                                    

     “BABY, I penatlah!” rengek seorang perempuan, meminta simpati pada babynya yang sedari tadi pasang muka tak peduli. Rasanya dah lima minit perempuan itu mengadu penat.

Apa yang penatnya entah. Dari tadi aku tengok si baby itu je yang berlari sekeliling taman ini. Perempuan itu duduk dekat atas kerusi sambil silang kaki je. Melalui pemantauan aku yang tengah baca novel atas kerusi kayu yang tak jauh daripada dua orang manusia itu, dah beberapa pusingan lelaki itu jogging. Dan setiap satu pusingan itulah si perempuan akan merengek penat.

Dia penat buat apa sebenarnya? Masalahnya, aku pula yang penat tengok dia menggedik tak habis-habis. Rasa macam nak lempar je novel ini atas kepala dia. Kalau bisu, alhamdulillah. Kalau terus masuk lubang kubur, sadaqallahul adzim.

Eh, terlebih dahulu jangan fikir aku ni menyibuk pula. Siapa suruh dia orang buka slot Akasia dekat tengah-tengah taman ini? Nasib baik jugalah hanya kami bertiga saja yang ada di taman. Buatnya budak-budak tengah bermain di taman ini, mahu muntah hijau semua budak itu.
 
Novel di tangan yang aku tinggalkan sekejap itu, aku angkat dan baca semula bila si baby dah lari jauh daripada perempuan itu tadi. Dan pastinya baby itu akan lalu di belakang aku sebab kerusi yang terletak berhadapan dengan track.

Tak sampai tiga minit kemudian, aku angkat kepala semula bila aku rasa si baby dah semakin dekat dengan perempuan itu.

“You ini kan, I cakap daripada tadi lagi, tapi you buat tak tahu je.” Perempuan itu merengek lagi untuk yang kesekian kalinya.

Agaknya perempuan ini model kot. Setiap kali nak merengek je mesti ada posing baru. Kali ini, perempuan itu berpeluk tubuh sambil muncungkan bibir.

“You yang sibuk nak ikut. I tak suruh pun.” Kali ini si baby membalas sambil lap peluh di leher dan dahi dengan tuala.

Akhirnya buka mulut juga si baby. Punyalah macho suara dia. Patut sangatlah susah nau nak bercakap. Tapi baguslah baby itu jawab juga kali ini. Sebab aku rasa, kalau kena palau lagi dengan si baby itu, mahunya si perempuan terus berkuak lentang atas rumput pula.

Tengah sibuk aku kutuk orang dalam hati, tiba-tiba mataku dengan mata baby besar di depan sana bertentangan. Si baby mula kecilkan matanya memandang aku. Pandangan yang buatkan andrenalin mula memecut.

Alamak! Dah kantoi! Panik!

Cepat-cepat aku angkat novel separas mata. Cukup-cukup untuk tutup mata yang masih lagi ditenung oleh baby besar itu. Tajam nau mata itu pun.

Kejap-kejap, aku turunkan sikit novel supaya aku boleh tengok sama ada dia masih pandang aku atau tidak.

Code red!

Aku angkat semula novel bila mata kami bertentangan semula.

“You! I tengah bercakap dengan you ni!” Naik seoktaf suara perempuan itu memarahi si baby.

Mata tak nampak, hanya nampak tulisan atas kertas. Itu pun aku sama sekali tak fokus dengan deria paling indah itu. Sebaliknya aku fokus pada telinga. Telinga menangkap bunyi derapan tapak kasut yang semakin dekat.

Dup dap dup dap! Jantung aku macam nak meletup. Semakin kuat bunyinya, semakin keras nafasku.

“Novel itu terbalik.” Dan suara macho si baby akhirnya menerpa gegendang telinga.

Eh, ye ke?

Aku turunkan novel dan tengok tulisannya. Juling sekejap mata lihat tulisan yang tak dikenalpasti itu. Abjad yang terbalik kesemuanya. Alamak! Punyalah kelam-kabut tutup muka tadi sampai tak perasan novel in terbalik.

Buat malu! Sudahlah kantoi menyibuk hal orang. Lepas itu, nak coverline pun hancur musnah!

Aku pusing kepala bila derapan itu semakin menjauh.

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now