BAB 23 - Tidak Sendiri

608 49 5
                                    

ELOK saja aku selesai sumbat hadiah pemberian Kak Alisa ke dalam laci almari, Akiq keluar dari bilik air. Hanya bertuala yang buatkan aku terus teleng kepala dan tenung almari. Hai, malam-malam ini seram betul rasanya. Berganda-ganda seram bila mama sudah tidur dan kami hanya tinggal berdua di dalam bilik ini.

Jika dulu aku di sini sendiri, menumpang. Hari ini, aku di sini berdua dengan Akiq sebagai isterinya. Di bilik ini. Aku sudah biasa dengan bilik ini, tapi terus jadi tak biasa bila Akiq ke hulu dan ke hilir dalam bilik yang sama.

Kalaulah aku ini watak novel, sudah aku seret bantal dan tidur di luar. Tak sukanya! Malu! Janggal!

“Tolong ambilkan seluar abang dalam almari.”

Aku terus buka pintu almari bila dengar arahan Akiq itu. Tapi kejap, seluar yang mana?

“Seluar pendek. Seluar tidur.”

Erk, seluar pendek?

“Baju?” Aku kerling Akiq sekilas. Tak nak pandang lama-lama. Dia sedang bercekak pinggang di sebelah katil sana sampai makan timbul segala otot tangannya.

“Abang tidur tak pakai baju, sunshine.”

Sunshine lagi! Matahari pun dah terbenam berjam-jam lamanya. Tak payahlah nak bersunshine sunshine ini bagai.

Dan tak pakai baju?! Huaaa, aku perlu tengok dia berseluar pendek setiap kali di rumah mulai sekarang ke? Oh ye, aku baru ingat yang Akiq pernah dimarahi mama semasa kali pertama aku masuk ke rumah ini. Free show kata mama. Agaknya betullah itu. Seluar pendek memang pakaian rasmi dia di rumah mungkin.

Seluar pendek dikeluarkan sebelum aku berjalan ke arah Akiq yang sudah mula berpeluk tubuh. Statik di posisi seakan memang sengaja nak tengok aku yang sudah kebas satu muka ini.

Seluar bertukar tangan sebelum aku terus pusing membelakangi Akiq. Beri dia masa untuk bertukar.

“Memang tidur pakai baju T lengan panjang dan seluar panjang ke?”

Aku pandang Akiq semula. Mata terkebil-kebil sekejap sebelum turun pandang tubuh sendiri. Baju T hitam lengan panjang dan seluar palazo setona. Sudah macam nak ke pasar malam saja gayanya. Padahal nak tidur!

Aku tak ada pilihan lain. Aku tak ada baju tidur yang sesuai. Tiada pyjama. Semua baju tidur aku datang dalam bentuk lingerie atau apa-apa pakaian yang sedikit seksi atau terlebih seksi. Biasalah itu. Bila di luar aku bertudung. Bila bersendirian, aku nak juga merasa berpakaian seksi dan mengagumi tubuh sendiri!

Soalan Akiq itu aku biar tidak berjawab. Sebab hakikatnya, aku cukup liar sebaik saja pintu bilik tertutup selepas jam sepuluh malam. Siap boleh buat runaway Victoria Secret dalam bilik itu. Tapi takkan nak jujur? Nak menipu pun tak boleh. Jadi diam sajalah.

Aku berdiri di depan meja solek yang tak ada satu pun barang solekan. Hanya ada minyak wangi Akiq dan barang-barangnya. Sikat rambut milik aku diambil lalu penyepit rambut yang mengikat rapi rambut panjangku, aku tarik. Sebelum tidur, sikat rambut dulu. Takut mengerbang rambutku nanti.

Sibuk layan rambut yang sedikit kusut, mata terkadang terjeling-jeling Akiq yang masih statik di posisi tadi sambil memerhatikan aku. Gemuruh jangan cakap. Masalah anxious berlebihan ini mula menyebabkan rama-rama berkepak bagai Meleficent dalam perut.

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now