BAB 36 - Bukti

665 33 4
                                    

"APA maksud awak?"

"Abang, bukan awak." Akiq membetulkan panggilan aku.

Akiq angguk sambil mendekatiku. Aku cuba berundur, tapi tidak selaju tadi. Tahu-tahu saja aku sudah terduduk di tempat letak tangan pada sofa. Akiq berhenti selangkah di depanku. Dia menunduk dan aku dipandang lama.

"Abang tak sedar. Abang langsung tak sedar. Abang kena apa yang Hani kena. Abang kena apa yang abang pernah kena bertahun lepas. Abang minum, abang sambung kerja dan abang tak ingat apa-apa dah. Bezanya abang tak diculik. Abang cuba diperangkap. Untuk kedua kalinya."

"Cuba?"

Akiq angguk lagi.

"Tak ada apa yang jadi, sayang." Tangan Akiq naik menyentuh cermin mata sebelum tanggalkannya.

Aku tekup mulut sendiri bila rupa-rupanya Akiq pakai cermin mata sampai langsung tak buka-buka walau dah ada di dalam rumah ini disebabkan kesan lebam pada matanya. Warna ungu kebiruan itu menghiasi sekitar matanya.

Aku berdiri. Tanganku naik menyentuh pipinya.

"Kenapa mata abang jadi macam ini?" soalku. Menggigil tanganku cuba untuk mengusap pipinya. Terkejut.

"Bergelut. Tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka cuba perangkap abang. Cuba untuk hidupkan bukti yang tak pernah ada supaya abang meringkuk dalam penjara. Cuba ulang sejarah supaya kali ini abang akan betul-betul disabit bersalah."

Allah...

"Semua yang Hani nampak, termasuklah baju dalam itu, semuanya apa yang dia orang kerjakan supaya lebih banyak bukti untuk salahkan abang kali ini. Abang sorokkan sebab abang nak simpan kalau-kalau boleh dijadikan bukti untuk pembelaan. Tapi Hani nampak juga."

"Kalau tak ada apa-apa jadi, kenapa abang jijik dengan diri sendiri?"

"Sebab ini semua mungkin kifarah untuk dosa abang yang lepas. Untuk maksiat yang abang buat dulu. Abang jijik dengan diri abang sendiri kerana dosa-dosa yang abang buat dulu kembali menghambat abang sekarang. Mereka cium leher abang, mereka buka baju abang semata-mata untuk tinggalkan kesan cakaran supaya nampak lebih convincing. Dan yang paling menjijikkan, abang disentuh oleh perempuan selain Hani."

Boleh ke aku percayakan Akiq? Macam mana kalau Akiq menipu? Macam mana kalau aku hanya diperbodohkan? Macam mana aku nak percaya dengan semua bukti yang ada?

"Tapi mereka lupa yang itu ofis abang. Kawasan abang," tambah Akiq.

Ha?

Akiq tinggalkan aku. Dia menuju ke kabinet TV sebelum komputer riba yang diletakkan di situ terus diambil. Akiq bawa komputer riba itu ke meja kopi di depan aku sebelum ia dihidupkan. Tangannya menyeluk poket sebelum sebuah pendrive dikeluarkan dan dicucuk pada komputer riba.

Saat satu fail ditekan, aku terus mengeluh lega. Video. Rakaman CCTV di bilik Akiq. Ofis.

"Dalam bilik itu beberapa CCTV dan satu CCTV tersembunyi yang abang pasang selepas dapat tahu ada pengkhianat dalam ofis itu."

Betul apa yang Akiq kata. Dia tengah kerja. Dalam video itu menunjukkan Akiq yang sedang sibuk menghadap komputer dan sesekali mengurut dahi sendiri. Sebelum tak lama kemudian, muncul satu susuk tubuh bersama secawan air entah apa. Lelaki.

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now