BAB 27 - Menari

530 40 2
                                    

TANGGA terakhir dan pintu terus dibuka. Sampailah aku di tingkat dua rumah ini. Bahagian yang baru kali kedua jejak. Itu pun yang pertamanya dalam keadaan gelap dan tak dapat fokus. Memang fokus utama untuk masuk ke dalam bilik saja. Akiq tak beri peluang, terus tarik. Baru kali ini dapat menjelajah.

Rupa-rupanya di atas ini luas juga. Ada dapur. Cuma tak ada tempat memasaknya. Hanya ada sebuah microwave, lambakan makanan segera yang boleh terus dimasak dalam microwave itu, peti ais dan mesin air.

Naik saja tangga, boleh nampak dapur di kiri dan ruang tamu kecil seperti di bawah. Cuma ruang tamu ini sudah ditukar menjadi sebuah teater kecil. Ada dua buah sofa panjang berbaris seperti di pawagam. Layar yang lebar.

Di depan pula ada dua buah bilik. Satu, bilik tidur yang kami gunakan itu. Bilik satu lagi nampak seperti ruang kerjanya. Di bilik bersebelahan dapur pula sudah macam gym.

Nampaknya tingkat atas ini memang dibuat untuk Akiq.

Aku pusing pandang ke arah pintu utama tingkat dua ini bila kedengaran bunyi pintu terbuka. Akiq muncul dengan muka baru bangun tidurnya. Nampak sedikit risau pada mulanya, tapi elok saja dia nampak aku, Akiq terus tersenyum.

"Selamat pagi, abang," ucapku. Aku terus melangkah ke arahnya. Bila Akiq depakan tangan, aku terus masuk ke dalam pelukannya.

Peluk dia sambil menompang dagu melihat wajahnya.

"Kenapa abang nampak risau tadi?" soalku.

"Risaulah. Bangun je tidur, Hani dah tak ada dekat sebelah. Ingatkan dah lari. Manalah tahu kalau Hani tak suka layanan abang semalam."

Eh, eh...

"Dua malam dah Hani tidur sebelah abang. Tak akanlah nak lari pula?"

Akiq tersenyum. Pelukan semakin dieratkan sebelum ubun-ubunku dikucup lembut.

"Lena tidur malam tadi?" soalnya.

Aku tak jawab. Tak nak jawab!

"Ini buat apa naik atas ini?"

"Kenapa? Tak boleh eh?"

"Tak boleh kalau tak ajak abang. Nak gugur jantung bila Hani tak ada di sebelah atau di dapur. Nasib baiklah abang terfikir untuk cari dekat sini."

Itulah dia orang baru kahwin! Semua manis-manis kan? Harapnya manis ini akan terpelihara sehingga akhirnya. Jangan nak beri aku alasan itu dan ini terutamanya untuk kahwin dengan perempuan lain atau curang. Memang mandul dia aku kerjakan nanti. Oh ye, aku lupa yang Akiq sudah berjanji untuk tidak berpoligami atau menduakan aku.

Ah, lega hatiku!

"Atas ini memang private space ke?" soalku. Pelukan dirungkai dan aku kembali berjalan-jalan di sekitar tingkat atas ini dengan Akiq yang hanya memerhati.

"Boleh dikatakan macam itu. Sebenarnya abang suka duduk di atas ini berbanding di bawah. Atas inilah tempat abang menyorok kalau mama bawa saudara-mara datang melawat abang di sini. Semuanya ada di atas ini. Tak payah nak turun bawah dan kena jawab skema soalan dia orang yang abang dah tak ada skema untuk jawab."

Aku tersengih. Tempat menyorok eh!

"Jom turun? Abang nak makan."

AKIQ [REVAMP]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora