BAB 20 - Lamaran

480 49 3
                                    

LET'S get married.”

Termenung aku pandang Akiq yang masih berdiri di situ sambil pandang aku. Wajah bertekad sambil ulang semula katanya untuk kali kedua bila aku hanya diam dan terkebil-kebil. Tapi walaupun dia dah ulang, aku tetap terkebil-kebil. Tak faham, terkejut dan tak sangka.

“Apa maksud awak?” Tak! Soalan yang tepat adalah kenapa awak ajak saya kahwin? Tapi lain pula yang keluar kerana terlalu terkejut.

“Maksud aku, aku nak ambil kau jadi isteri aku. Aku nak kau terima aku sebagai suami kau. Aku nak kau pindah masuk ke dalam rumah aku. Tidur sekatil dengan aku. Dua puluh empat jam dalam rumah aku dan dalam pengetahuan aku. Aku nak jaga kau selama kau berjaga hingga kau tidur. Aku nak bertanggungjawab.”

Dahiku berkerut. Bertanggungjawab?

“Jangan bercakap macam awak dah buat sesuatu pada saya. Jangan buat saya makin takut dengan awak,” kataku.

“Bertanggungjawab kerana akulah penyebab kau perlu tanggung semua benda ini. Ugutan itu sampai disebabkan aku. Kau terlantar di sini juga disebabkan aku. Aku nak jaga kau supaya semua perkara ini tak berulang lagi.”

Aku diam. Diam buat beberapa ketika sebelum kepala digelengkan. Tak boleh, aku tak boleh. Aku tak boleh kahwin dengan Akiq.

“Kenapa geleng?” Akiq menyoal. Ada nada mendesak dalam suaranya.

“Makin saya dekat dengan awak, makin galaklah orang itu. Hari ini dia boleh culik saya dan kurung saya dalam stor entah siapa tanpa perlu tunjuk walau hanya bayangan tubuhnya, hari lain macam mana pula? Saya ada ibu dan babah yang perlu saya jaga sampai saya mati. Dan saya tak nak mati sekarang atau dalam masa terdekat. Saya tak nak ambil sebarang risiko yang perlu ibu dan babah hadap disebabkan saya. Saya tak nak mereka hilang satu lagi anaknya.”

“Jadi macam mana dengan sekarang? Kau dah jauhkan diri daripada aku, berhari-hari bermasam muka dengan aku, tapi di mana kau sekarang? Di hospital. Apa yang berlaku? Kena culik sebagai ugutan?”

Aku senyap. Apa yang Akiq kata ada betulnya, tapi aku tetap mahu menidakkan.

“Atau sebenarnya sebab aku bekas perogol?”

Tegak tubuhku dengar soalannya. Lebih kepada meneka, tapi Akiq seakan mahu mengiakan.
Bila tiba-tiba Akiq semakin mendekat sehingga mula merangkak naik ke atas katil, aku terus buka mulut. Mahu menjerit sekust hati bagi meminta pertolongan. Tapi tak sempat bila Akiq sudah terlebih dahulu menekup mulutku.

Posisi yang masih memeluk lutut sambil bersandar pada kepala katil membolehkan Akiq untuk mendominasi dengan tubuhnya yang lebih besar sekali gus memakan ruang tersisa di atas katil. Bau tubuhnya menusuk hidung. Tiada bau minyak wangi Akiq. Hanya bau semulajadi tubuhnya. Bau maskulin dan sedikit bau peluh yang tidak busuk.

Sebelah tangan yang bebas Akiq bawa naik. Jari telunjuk menyentuh bibirnya. Mengisyaratkan aku untuk senyap. Aku menurut dan hanya setelah itu tekupan pada mulut dilepaskannya dengan jari telunjuk yang masih memberi isyarat untuk aku kekal senyap.

“Akiq, tolong jangan buat saya macam ini. Saya...”

“Masih dara? Tak nak disentuh aku? Nak jaga untuk suami? Ada ibu dan bapa untuk dijaga? Masih terlalu muda? Minta belas kasihan dengan cara itu?” Bibirnya menyenget. Berbisik keras.

AKIQ [REVAMP]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu