BAB 40 - Meninggalkan

195 31 5
                                    

AKU berlari masuk ke dalam rumah semula bila lihat Akiq dan keretanya sudah ghaib. Tiada lagi di perkarangan rumah. Aku keluar hanya selang sepuluh minit berbanding Akiq kerana terlalu terkejut tadi, tapi tengok-tengok saja Akiq sudah tiada. Akiq sudah pergi entah ke mana meninggalkan aku setelah beri kenyataan yang entah betul atau tidak itu.

Aku masuk ke dalam bilik yang mama sediakan untuk kami. Telefon dicapai lalu nombor Akiq didail. Tapi harapan untuk menyoal Akiq terkubur bila nada seringnya kedengaran di dalam bilik yang sama. Dalam poket seluar yang Akiq pakai untuk datang ke sini sebelum dia mandi dan bertukar baju tadi.

Telefonnya aku keluarkan. Kesayangan. Itu yang terpapar di skrin telefonnya.

Aku pandang ke arah pintu bila tiba-tiba ada yang 'bertsk' di sana. Firah berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh dengan pandangan penuh sukanya.

"Kesian kau kan? Kejar harta lelaki, tup-tup dapat lelaki mandul." Firah ketawa terbahak-bahak.

"Tapi okeylah itu. Kau dah dapat harta. Setakat mati pucuk ke, mandul ke, kau terima jelah kan? Tapi itulah, kalau aku jadi lau, memang tak naklah aku dengan lelaki yang macam itu. Kau fikir kalau yang mandul itu kau, dia nak setia ke? Huh, satu dalam sejuta pun belum tentu lagi. Tengoklah dalam internet sana. Baru kahwin, tak dapat anak, terus cari isteri kedua."

Aku senyap. Sebab hakikatnya, Akiq langsung tak pernah tunjukkan sebarang tanda yang dia mandul. Jauh lagi mati pucuk. Aku kenal suami aku. Cuma mandul itu... Aku tak tahu. Aku mahu jawapannya, tapi Akiq sudah pergi dulu dan meninggalkan aku tergantung seperti ini.

"Tapi apapun, kau dapat harta dia. Eloklah itu. Kau pandang jelah duit dengan muka dia sampai mati. Sesuailah dengan kau. Pandai-pandailah kau sorok muka sebab dapat suami mandul macam itu." Firah gelak lagi. Saat perempuan itu berpusing untuk berlalu pergi, tiba-tiba dia terundur sekaligus terteleng ke kiri.

Berdesup sebuah tamparan hinggap di pipinya. Dihadiahkan oleh mama yang sudah beberapa ketika berdiri di belakang Firah dan mendengar setiap bait kata Firah. Aku nampak, tapi sengaja aku tutup mata. Aku tahu yang mama akan beri 'hadiah' untuknya, dan aku memang mahu melihat itu. Puas hati aku tengok dia yang sudah ternganga selepas makan tamparan sulung mama.

"Kau keluar daripada rumah ini, Firah. Kau keluar dan aku haramkan kau untuk jejak kaki kau ke sini lagi. Keluar!" tengking mama.

"Eh, kau fikir aku nak sangat ke duduk dekat dalam rumah ini?! Celaka punya perempuan tua! Padan muka kau! Anak kau mandul! Tak lama lagi kau akan hilang menanti dan tak ada siapa yang nak anak kau lagi!" Firah terus berlalu. Itu pun lepas dengan sengajanya merempuh mama.

Nasib baiklah mama sempat berpaut pada pintu. Kalau tak mungkin mama akan terjatuh dan terduduk atas lantai.

Aku segera merapati mama. Tubuh mama aku pegang untuk menguatkan lagi mama yang sudah seperti layu kejatuhan. Baru nak bawa mama duduk di atas katil, tiba-tiba mama jatuhkan dirinya sendiri dan berlutut di kakiku.

Ya Allah!

"Ma..." Aku lekas jatuhkan diri juga. Ikut berlutut di depan mama sambil menolak tangan mama yang sudah naik cuba menyentuh kakiku.

"Jangan tinggalkan Akiq, Hani. Tolong mama. Jangan tinggalkan Akiq. Mama merayu pada Hani. Jangan tinggalkan anak mama. Mintalah apapun, semuanya mama akan bagi. Hani nak duit, nak apa saja, mama akan tunaikan asalkan Hani tak tinggal Akiq. Hani jangan tinggalkan Akiq. Akiq sayangkan Hani sangat-sangat. Dia tak mahu hilang Hani, sayang." Tak ada salam, mama terus menangis dan merayu. Kakinya tetap cuba dipegang walaupun aku sudah sehabis boleh melarang.

Saat mama cuba menunduk untuk sentuhkan dahinya pada kakiku, terus aku berundur dan berdiri.

"Jangan tinggalkan Akiq, Hani. Mama merayu."

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now