BAB 11 - Malam Bersama.

571 45 4
                                    

              “CIK duduk dulu ye. Sekejap lagi kami hantar pesanan ke meja. Terima kasih.” Senyuman manis aku kuntum untuk pelanggan di depan. Sebaik saja dia berlalu ke meja yang dipilih, aku terus ke stesen.

Baru nak capai cawan kopi, tiba-tiba bahuku disentuh. Automatik tubuhku terpusing ke belakang. Terkejut. Mata meluas dan tangas sudah bersedia untuk dilayangkan ke kepala mana-mana jembalang yang cuba berbuat jahat. Tapi bila lihat orang yang ada di depan, dahiku terus berkerut hairan.

“Encik? Encik yang minta kerja itu?” Lelaki tempoh hari. Aku masih cam mukanya.

Dia tersenyum sebelum kepala mengangguk. Aku berundur bagi menambah jarak yang bagiku terlalu rapat. Tubuhnya aku pandang atas bawah. Dia sudah lengkap beruniform Aleez. Kemeja putih, seluar putih dan apron berwarna hitam berlogo Aleez. Untuk dia yang berjantina lelaki atau perempuan tidak bertudung, ada topi juga.

“Bila encik mula masuk kerja?” soalku. Aku lihat, dia mula sambung tugasku. Ambil cawan kertas untuk kopi lalu mula mengendalikan mesin kopi.

“Baru tiga hari lepas,” jawabnya. Ringkas. Sempat dia tersenyum untukku.

Tiga hari lepas?

“Encik dah dapat kerja rupanya. Full time ke?”

Dia mengangguk. “Part time. Oh, jangan panggil saya encik. Rasa pelik pula. Nama saya Danial.”

Oh, Danial. Baiklah, tapi…

“Saya minta maaf kalau awak terasa. Saya tak ada niat untuk buat awak terasa, sakit hati atau yang seangkatan dengannya. Tapi saya minta sangat untuk awak tak sentuh saya.”

Aku tak tahu apa motif dia sentuh bahuku tadi. Mungkin nak sedarkan aku yang dia sudah masuk kerja dan sedang berdiri di belakang, tapi aku tak suka cara itu. Belum pernah ada lelaki yang berani menyentuh aku walau dengan hujung jari. Ini tangannya betul-betul melekap di bahuku. Rasa janggal dan resah seakan meraja dalam diri.

“Oh, maaf. Saya tak sengaja.” Dia senyum lagi sebelum tunduk dan sambung kerjanya.

Aku mengangguk halus sebelum terus ke kaunter semula walaupun tiada pelanggan yang menunggu. Aku mahu menunggu Danial siapkan pesanan untuk aku hantar ke meja. Jadi sementara itu, aku ambil kain dan mula mengelap sekitar kaunter dan kaca food display.

Telefon dalam poket seluar aku keluarkan. Lihat waktu yang tertera pada skrin telefon. Masih bersisa satu jam lebih sebelum shift aku tamat. Baru nak masukkan telefon ke dalam poket seluar semula, tiba-tiba telefonku berbunyi. Nada pemberitahuan.

Mataku terus meluas bila lihat nama penghantar mesej. Suami tipu-tipu. Akiq?! Dia mesej aku?

Aku tampar pipi sendiri.

Auch, sakit! Maksudnya ini bukan mimpi. Akiq hantar mesej?! Dekat aku?! Selalunya dia akan call saja. Itu pun hanya untuk beritahu hal penting seperti bila dia perlukan aku untuk mengikuti dia.

 
Are you at work?

-  Kenapa tanya?

 
Tak lama kemudian, mesej masuk lagi.

 
Ujian lisan mesti gagal kan? Balas soalan dengan soalan.

Aku tersengih. Lekas jari mengetik skrin lagi.

-  Saya ada di Aleez. Kenapa? Awak nak ke sini ke?

Eh, tak jadi, tak jadi! Aku padam semula soalan terakhir. Rasa pelik pula soalan itu. Dah macam aku terhegeh-hegeh nak dia ke sini.
 

-  Saya ada di Aleez. Kenapa?

Habis kerja pukul berapa?

-  Sejam lagi habislah ini. Saya sampai pukul tujuh je. Kenapa?

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now