BAB 30 - Memori Daun Pisang

402 29 0
                                    

"DAH ready?"

Aku mengangguk lambat-lambat. Separuh hati! Tak bersedia, malahan tak nak bersedia, tapi terpaksa bersedia demi Akiq. Demi menemani Akiq, menjaga reputasinya dan kerana takut nak tinggal di rumah. Semuanya sebab petang tadi Akiq bawa aku ke Aurum dan tonton cerita hantu. Ibu dan babah pula balik kampung. Maka aku perlu ikut Akiq kerana takut nak tinggal sendiri!

Kali kedua aku perlu menemani Akiq untuk ke majlis. Bezanya ini bukan majlis syarikat keluarganya, tapi majlis orang lain. Majlis biasa-biasa saja, tapi Akiq kata penting memandangkan orang ini antara client terbesar syarikat keluarganya. Cuma kali ini status aku dan Akiq sudah berubah. Bukan lagi isteri tipu-tipunya.

"Senyap je. Betul-betul ready ke?" Akiq menyoal lagi. Siap dicuit daguku. Nak aku beri respon dengan mulut, bukan gerak tubuh.

"Kalau tak ready pun, kena ready juga. Hani nak teman abang," jawabku.

"Nak teman abang ke sebab takut tak berteman di rumah? Takut hantu dalam cerita itu lambai dekat tepi tingkap?"

"Abang!" Tangan terus naik melayang ke perut Akiq. Tamparan lembut saja.

"Gurau je. Datang bulan ke apa yang garang sangat ini?"

"Orang takutlah..."

"Takut hantu atau takut nak berdepan dengan ramai orang?"

"Dua-dua sekali." Aku tayang sengih cuak. Memang takut!

"Hadap customer okey je?"

"Itu sebab kerja. Ini lain... Kasta pun dah jauh beza." Aku tak tahulah kalau ada orang yang bergaji bawa RM 2,000 seperti aku di sini. Tapi aku rasa memang tak wujud.

Semuanya mewah dan cukup gah. Jalan menompang dan mendada. Tak ada yang bongkok atau nampak layu. Semuanya nampak berkelas dan mahal. Aku rasa kerdil. Orang hebat-hebat dan aku yang hanyalah...

Hm.

"Jangan nak pandang harta benda. Kita manusia, dia juga manusia. Orang yang pandang kasta adalah orang yang bodoh. Kita menumpang rezeki Allah, jadi jangan nak mendongak sangat. Hani tak patut rasa rendah diri disebabkan hal kebendaan. Rendah diri itu bagus, tapi bukan macam ini. Kalau bukan Hani dan orang-orang sama kerjaya yang duduk di belakang kaunter, masak, hidang dan bersihkan meja mereka, kebuluran mereka yang kononnya sangat bekerjaya sampai tak sempat masuk dapur itu. Kalau tak disebabkan orang yang berdiri atau duduk sehingga nak patah kaki dan tercabut pinggang, tak jalan kilang-kilang itu. Semua manusia ada peranan mereka sendiri. Hilang satu, cacat satu. Hilang semua, punah segalanya."

Awww, aku tergoda dengan Akiq yang sentiasa begini. Sentiasa baik dan sentiasa merendah diri. Selama berkenalan, dia tak pernah buatkan aku atau keluarga aku rasa kerdil di depannya.

"Jom, kita masuk. Macam nak hujan je ini." Akiq hulurkan sebelah tangannya.

"Hani tahu? Abang paling takut untuk buat jahat dengan pekerja kedai makan. Lantaklah salah besar mana pun dia orang, abang akan cakap elok-elok dan kawal riak muka juga."

Aik, random betul bercerita! Ini mesti Akiq nak alihkan perhatian aku supaya tak fokus pada rasa berdebar dan resah itu. Layan jelah!

"Kenapa?" soalku.

"Takut dapat secret ingredient."

Tersengih aku dengar jawapan Akiq. Faham! Secret ingredients yang dalam kategori benda menjijikkan. Air liur, kahak dan sebagainya. Tapi betullah itu. Jangan aniaya orang yang uruskan makanan kita. Kawal muka dan emosi. Kalau tidak, mahu merasa secret ingredients itu. Hahaha!

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now